LA’SOUL Skin Nutrition Expert Perkenal Rangkaian Gincu ‘Matte Creamy’

Jun 12, 2019
By Nor Syariza Tahir

Jenama produk kecantikan terkenal, LA’SOUL Skin Nutrition Expert memperkenalkan rangkaian gincu terbaharu, LA’SOUL Matte Creamy Volumizing Lipstick yang bakal menyemarakkan lagi hari-hari wanita di luar sana.

Terkenal dengan kepakaran menghasilkan produk kecantikan unggul dan berkualiti tinggi yang diformulasikan di Korea, rangkaian gincu tersebut bukan sahaja bakal menyerlahkan lagi sisi wanita malahan menambahkan lagi keyakinan diri mereka.

Dengan tekstur gincu yang matte di luar dan creamy di dalam, ia sangat halus dan lembut dengan kehadiran wax micro christalyn.

Satu olesan pada bibir sahaja sudah semestinya dapat memberikan kesegaran dengan ronanya yang terang dan tahan lama.

Terdapat enam rona pilihan yang terdiri daripada Star Nude, Mocha Choc, Velvet Burgundy, Passion Rosy, Poppy Pink dan Cherry Peach yang sudah semestinya mampu memenuhi setiap keperluan pemakai.

Kandungannya juga berkualiti tinggi dengan bahan anti penuaan, yang sudah pasti akan membuatkan kulit bibir lebih anjal selain memelihara bibir sepanjang hari.

Berikut merupakan beberapa kandungan penting yang terdapat dalam gincu LA’SOUL Matte Creamy Volumizing Lipstick.

Cameliia Japonica Seed Oil

Diperkaya dengan agen pelembap Camellia Japonica Seed Oil seperti oleic, linoleic dan palmaitic yang menghalang pengoksidaan kulit bibir dan membekalkan kelembapan kulit bibir secukupnya.


Rosa Canina Fruit Oil

Tekstur minyak lebih ringan ini memberi kesan kilauan serta menyegarkan bibir. Selain itu, ia turut memelihara kesihatan kulit bibir dan bebas radikal.

Butyrospermum Parkii (Shea) Butter

Menghalang penyejatan kelembapan bibir dan sentiasa memberikan kesan kelembapan pada bibir untuk kulit bibir kelihatan lebih berseri.

Tocopheryl Acetate (Vitamin E)

Akhir sekali rangkaian gincu ini mengandungi vitamin E agar menjadi pelindung serta melambatkan kulit daripada kesan anti-pengoksidaan. Juga mengurangkan nisbah dehidrasi pada kulit.

LA’SOUL Matte Creamy Volumizing Lipstick boleh dibeli menerusi ejen dan pengedarnya di seluruh Malaysia, Thailand, Indonesia, Brunei, Singapura, Vietnam dan Australia.

Ia juga boleh didapatkan menerusi laman web, Facebook dan Instagram LA’SOUL:

Laman web: www.snemarketing.com

Facebook: La’soul Beauty by Sne Official

Instagram: Lasoulbeautybysne

 

Foto: LA’SOUL Skin Nutrition Expert

Terkenal dengan kepakaran menghasilkan produk kecantikan unggul dan berkualiti tinggi yang diformulasikan di Korea, rangkaian gincu tersebut bukan sahaja bakal menyerlahkan lagi sisi wanita malahan menambahkan lagi keyakinan diri mereka.