Lady Gaga Lancar Koleksi Alat Solek Jenama Sendiri

Julai 11, 2019
By Helmi Anuar

Selepas kejayaan Rihanna mengeluarkan alat solek di bawah jenama sendiri, kini giliran rakannya pula iaitu Lady Gaga untuk melancarkan jenama kosmetiknya sendiri.

Lady Gaga turut membuat pengumuman tentang pelancaran jenama kosmetiknya yang diberi nama Haus Labs di akaun Instagram miliknya berserta kapsyen yang menyentuh hati para peminat.

 

View this post on Instagram

When I was young, I never felt beautiful. And as I struggled to find a sense of both inner and outer beauty, I discovered the power of makeup. I remember watching my mother put her makeup on every morning, basking in the glow of her power to put on her bravest face as the hard working woman she was. I then began to experiment with makeup as a way to make my dreams of being as strong as my mother become true. It was then that I invented Lady Gaga. I found the superhero within me by looking in the mirror and seeing who I wanted to be. Sometimes beauty doesn't come naturally from within. But I'm so grateful that makeup inspired a bravery in me I didn't know I had. I've come to accept that I discovered my beauty by having the ability to invent myself and transform. They said I was just weird, but really, I was just Born This Way. Love, Lady Gaga

A post shared by Lady Gaga (@ladygaga) on

Kata Gaga dalam kapsyen yang ditulisnya, sewaktu dia masih muda, dia tidak pernah merasakan dirinya seorang yang cantik. Sewaktu sedang bergelut dalam mencari kecantikan diri dari segi luaran dan dalaman, Gaga menemui kuasa solekan yang memberikannya kekuatan sebagai seorang wanita.

Jutaan para peminat Lady Gaga sudah tidak sabar untuk mendapatkan koleksi pertama alat solek yang hanya akan dijual secara atas talian di Amazon pada 15 Julai ini.

Bagi yang tinggal di Asia Tenggara jangan risau, khabarnya jenama ini akan hadir ke kedai alat solek tidak lama lagi.

 

Sumber : Instagram Lady Gaga