Kulit Wajah Lebih Berseri Dengan Meeracle

Mei 19, 2019
By Nor Syariza Tahir

Mencari produk kosmetik yang bersesuaian dengan kulit wajah merupakan satu perkara asas yang perlu dilakukan oleh setiap wanita sebelum mereka mula menggunakan produk jenama tertentu secara harian.

Ini adalah penting bagi memastikan kulit wajah bukan sahaja kelihatan cantik dan sihat, malahan tidak memudaratkan atau memberi kesan sampingan.

Tidak kiralah sama ada jenama tempatan atau antarabangsa, setiap orang mempunyai pilihan masing-masing berdasarkan kualiti dan kesesuaian dengan jenama tersebut.

Salah satu daripada jenama penjagaan kulit dan kosmetik tempatan yang mempunyai kualiti setaraf produk antarabangsa dan boleh digunakan sebagai jenama produk harian adalah Meeracle.

Ditubuhkan pada tahun 2015, Meeracle pada ketika itu bermula dengan mengeluarkan dua produk dengan formulasi batu permata khas iaitu Meeracle Facial Serum dan Meeracle Facial Cleanser.

Sejak itu, produk Meeracle mendapat tempat dalam hati wanita Malaysia dan rangkaian produknya dipertingkatkan dan ditambah baik untuk para pelanggan. Berikut adalah antara rangkaian produk terbaik Meeracle.

 

  • Luxury Cleansing Milk

Cleansing milk pertama yang mempunyai pelbagai kegunaan dengan ekstrak batu permata, di mana ia mampu menghilangkan kotoran di wajah dan mudah menanggalkan solekan kalis air dengan hanya sekali sapuan.

Luxury Cleansing Milk akan membuatkan kulit menjadi bersih, tidak berminyak, tidak melekit dan menjadi selembut sutera dan sangat selesa. Ia dihasilkan bersama dengan tujuh bunga istimewa dari Pulau Jeju, Korea iaitu mawar, camelia, cosmos, magnolia, narcissus, centaurea dan canola.

 

View this post on Instagram

Swipe to see Tiar Zainal’s touch by using our Meeracle Amethyst Lustre Gemstone Foundation. You glow girl ✨ . . . S H A H I R A #KerjaKahwinTZ Majlis #bertandang makeup by @tiarzainal . . Product Used Prepping – @tiarzainalbeauty Face Mist #TiarZainalBeauty Foundation – @meeracle_my #MeeracleFace Gemstone Full Coverage Foundation. Loose Powder – @coverfx #coverfx Translucent Light. Contour – @diormakeup Backstage Contour Pallet. Eyeshadow – @diormakeup #diorMY Dior Backstage Warm Neutrals Palette. Glitter Eyeshadow – @maccosmetics DazzleShadow. Mascara – @lancomeofficial #LancomeMY Hypnose. Eyebrow – @diormakeup #DiorMalaysia Dior Backstage All-In-Brow 3D Pallet. Lipstick – @maccosmetics #MACcosmeticsMalaysia code Mehr + Clear Lipgloss. . . #mua #makeup #punjabiwedding #indianwedding #makeupartist #malaywedding #tiarzainal #malaysianmakeupartist #indonesiamakeupartist #muaindonesia #muaphilippines #muathailand #asianmakeupartist #internationalmakeupartist #conTIAR #conTIARing #azshateru #specialistmakeupartistmeeracle

A post shared by Meeracle Official Instagram (@meeracle_my) on

  • Amethyst Lustre Gemstone Foundation

Produk yang berbeza dengan bedak asas cecair yang ada di pasaran. Amethyst Lustre Gemstone Foundation menawarkan sesuatu yang lain, iaitu yang berasaskan batu permata. Produk ini bukan sahaja mempunyai banyak kebaikan untuk kulit, malahan turut bertindak merawat kulit.

Ia turut mengandungi minyak zaitun, ekstrak Centella Asiatica, vitamin E dan lecithin yang berfungsi untuk mewujudkan lapisan perlindungan kepada kulit dan melembapkan kulit serta sebagai satu agen membaik pulih struktur kulit.

Amethyst Lustre Gemstone Foundation mempunyai SPF 30 yang mampu untuk menghalang sinaran UVA dan UVB, dan secara tidak langsung melindungi kulit serta membentuk seakan lapisan air di atas permukaan kulit untuk menghalang keradangan kulit.

Ia juga terasa lebih ringan di wajah dan mampu memberikan solekan bebas cela, menjadikan wajah seperti tidak memakai bedak asas dan mampu bertahan sepanjang hari.

Amethyst Lustre Gemstone Foundation didatangkan dalam tiga tona kulit iaitu light radiant, medium stunning dan deep precious.

Meeracle hargai wakil jualan

Sebagai tanda penghargaan kepada wakil-wakil jualan yang bertungkus-lumus menjual produk Meeracle, baru-baru ini jenama itu mengadakan majlis penyerahan kunci kepada semua wakil jualan yang telah mencapai jualan tertinggi sepanjang kempen ‘Menjadi Dengan Meeracle’.

Pada majlis tersebut, pihak syarikat telah menghadiahkan empat buah kereta mewah Mercedes-Benz kepada empat wakil jualan.

Kempen yang dijalankan pada tahun 2018 itu bertujuan untuk memberikan motivasi kepada semua wakil jualan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dalam mencapai sasaran jualan masing-masing.

Kempen ‘Menjadi Dengan Meeracle’ akan diteruskan pada tahun ini, dan pihak syarikat menyasarkan sekurang-kurangnya 30 orang lagi wakil jualan Meeracle akan berjaya mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.

Foto: Meeracle

 

Ditubuhkan pada tahun 2015, Meeracle pada ketika itu bermula dengan mengeluarkan dua produk dengan formulasi batu permata khas iaitu Meeracle Facial Serum dan Meeracle Facial Cleanser.

Similar Articles