Kuih Talam Untuk Raikan Tetamu di Aidilfitri

Jun 7, 2019
By Rahayu Mat Nah

Setelah hampir seminggu merayakan Aidilfitri di kampung halaman, kini tiba masanya warga kota pulang ke rumah masing-masing untuk memulakan tugas.

Sepanjang Syawal ini, acara rumah terbuka bagaikan menjadi satu tradisi. Ada yang buat secara besar-besaran, dan ada juga yang buat sekadar menjemput teman-teman atau saudara-mara terdekat.

Bagi yang ingin meraikan tetamu pada skala kecil dan bercadang untuk menyediakan hidangan sendiri, apa kata anda cuba hidangan Kuih Talam yang disediakan oleh Ayam Brand ini.

Bahan-bahan:-

Lapisan atas

1) 30 gram tepung beras

2) 30 gram tepung jagung

3) 50 ml air

4) 250 ml Santan Ayam Brand

5) 2 helai daun pandan

6) ¼ sudu teh garam

Lapisan bawah

1) 300 gram jagung Ayam Brand

2) 250ml santan Ayam Brand

3) 100 gram gula pasir

4) 50 gram tepung jagung

5) ½ sudu teh perasa vanilla

6) ½ sudu teh garam

Cara Memasak :

Lapisan bawah:

1) Kisar jagung dengan santan dan tapis.

2) Masukkan gula pasir, tepung jagung dan vanilla dan kacau sebati.

3) Tuang ¾ campuran ke dalam acuan yang telah diletakkan dengan minyak masak.

4) Kukus lebih kurang 10 minit.

Lapisan atas:

1) Panaskan santan dengan daun pandan dengan api yang kecil sehingga mendidih.

2) Dalam mangkuk, kacau semua bahan tadi dan tapis.

3) Tuangkan campuran ke dalam acuan.

4) Teruskan mengukus selama 20 minit sehingga masak.

5) Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mengeluarkannya dari acuan. Jika suka, boleh juga disimpan di dalam peti ais terlebih dahulu.

Kredit foto : Ayam Brand

Similar Articles

Resipi Ramadan – Tauhu Isi Ranjau

By Rahayu Mat Nah
Mei 29, 2019

Jom Buat Biskut Cornflakes Kelapa

By Rahayu Mat Nah
Jun 4, 2019

Buka Puasa dengan Puding Kurma Bersama Sos Tofi Ginseng Merah Korea

By Nor Syariza Tahir
April 18, 2019