Konsert Sulung Siti Nurhaliza Di Australia

Julai 11, 2019
By Helmi Anuar

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal mengadakan konsert sulungnya di Adelaide, Australia pada Oktober depan.

Pelantun lagu ‘Anta Permana’ itu telah membuat pengumuman di akaun Instagram miliknya tentang berita itu.

Kata Siti di dalam kapsyen yang ditulisnya, beliau mengajak Sitizoners serta peminatnya yang berada di Australia untuk sama-sama menyaksikan konsert yang akan berlangsung pada 18 Oktober itu nanti.

Konsert berkenaan dianjurkan bersempena dengan Festival OzAsia.

Kepada peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza di Australia apa tunggu lagi, dapatkan segera tiket untuk menyaksikan konsert sulung penyanyi kesayangan ramai ini.

 

 

Sumber : Instagram CTDK