Konsert Kenangan Kelly Disertai Penyanyi Ternama Untuk Tujuan Amal

Julai 11, 2019
By Helmi Anuar

Buat pencinta muzik tempatan, sebuah konsert khas yang diberi nama ‘Konsert Kenangan Kelly’ yang menghimpunkan barisan penyanyi hebat tanah air akan berlangsung pada 28 September ini di The Gasket Alley, Petaling Jaya.

Antara penyanyi tersohor yang akan membuat persembahan ialah Dato’ M Nasir, Dato’ Sheila Majid, Dato’ Zainal Abidin, Dato’ Khadijah Ibrahim, Dato’ Hattan, Misha Omar, Jaclyn Victor, Adibah Noor, Aizat Amdan, Noh Salleh, Syamel, Man Bai, Vince Chong, Innuendo, Afdlin Shauki, Reshmonu dan ramai lagi.

 

View this post on Instagram

A tribute concert in memory of one of Malaysia’s finest musicians- Wan Kelly Abdul Rahman,a bassist, or better known to us in the music industry as Kelly-who passed away on the 4th of May 2019 leaving most of us shocked by his sudden demise. To honour his contribution to the music industry, several friends have come up with the idea of holding a concert to celebrate his musical journey, supported by some of the biggest acts in the country. This is for you Kelly! #KonsertKenanganKelly #ACelebrationOfLifenMusic #WE❤Kelly Date: 28th September 2019 Venue: The Gasket Alley, PJ Time: 8.30pm Tickets: Minimum donation of RM150 For tickets and other enquiries please WhatsApp: Pam Yahya- 019 666 5226 Or Aida Daud- 012 678 6001 All funds collected from the ticket sales will be donated to the family.

A post shared by @ studioakarkarya on

‘Konsert Kenangan Kelly’ adalah konsert tribute untuk pemuzik legenda negara, Allahyarham Wan Kelly Abdul Rahman, dan bertujuan untuk mengumpul sumbangan. Pemergian  Allahyarham Kelly secara mengejut pada 4 Mei lalu benar-benar memberi kesan kepada para penggiat seni muzik negara.

Bagi yang ingin hadir ke konsert ini, jumlah minimum untuk menderma adalah sebanyak  RM150 bagi mendapatkan tiket. Kesemua wang derma akan diserahkan kepada keluarga Allahyarham.

Untuk mendapatkan tiket, anda boleh menghubungi Pam Yahya- 019 666 5226 atau Aida Daud- 012 678 6001 menerusi aplikasi Whatsapp.

 

Sumber : Instagram

Similar Articles

Konsert Sulung Siti Nurhaliza Di Australia

By Helmi Anuar
Julai 11, 2019

Tulus Kembali Bikin Konsert Di Malaysia Ogos Ini

By Helmi Anuar
Mei 31, 2019

Konsert Animasi Didi & Friends Ogos Hadapan

By Rahayu Mat Nah
April 29, 2019