Kisah Hati Alyah

Mei 26, 2019
By Helmi Anuar

Tidak mudah perjalanan untuk penyanyi yang seorang ini dalam memahat namanya sebagai salah seorang penyanyi popular di Malaysia. Hanya selepas beberapa tahun baru beliau dipandang, itupun setelah beberapa kali percubaan  mengejar impian untuk diterima ramai, bermula dari ‘Bintang RTM’ hinggalah ke pertandingan ‘One In A Million.’ Tidak terhenti di situ, Alyah sempat menyertai kumpulan Fabulous Cat dan popular menerusi lagu ‘Papa Jahat.’

Namun berkat kesabaran serta tidak kenal erti putus asa akhirnya Alyah diterima ramai selepas meletup dengan single ‘Tak Mungkin Kerana Sayang’ pada tahun 2009. Selepas itu graf kerjaya Alyah terus menaik. Kejayaan demi kejayaan mula singgah dalam kerjayanya. Lagu-lagunya seperti ‘Kisah Hati’ dan ‘Sesal Separuh Nyawa’ pantas mendaki carta-carta lagu popular.

Next year is my 20th anniversary as a singer in this industry. But to be honest I’m still struggling. But music is my business. Sebelum saya mengecapi populariti, saya hampir berputus asa. Allah sahaja yang tahu. Malah pada ketika itu saya seolah-olah berdendam. Saya nak balas dendam, nak buktikan yang saya boleh buat. Balas dendam yang positif.

Antara kesusahan yang saya lalui dahulu adalah saya dihalang untuk menyanyi oleh arwah ayah saya. Banyak air mata saya yang tertumpah. Tapi bila difikirkan semula, saya boleh lalui itu semua kerana kekuatan mental saya. Tak macam sekarang. Sekarang apalah sangat jika nak dibandingkan dengan dulu. Tetapi sekarang saya lelah dengan adanya media sosial yang saya perlu hadapi terutamanya mereka yang terlalu ingin tahu tentang kisah peribadi saya.

Biarpun sering menjadi sasaran netizen yang ingin tahu tentang kisah peribadinya, namun Alyah tidak pernah terfikir untuk memadam akaun media sosialnya kerana marasakan itu adalah salah satu tuntutan dalam kerjaya seninya.

Orang lebih nak tahu tentang my marriage more than my career and that is really hard for me. Sebab saya bukan jenis orang yang suka simpan rahsia dan saya tak ada rahsia pun. But once you dah lalui fasa berumahtangga tak semua benda you boleh kongsi. Ada orang pernah request untuk saya buat ‘live’ bersama suami di rumah. Saya cuba, tapi saya rasa macam bukan diri saya. Lagipun saya dan suami berbeza personaliti”.

Terkenang Beraya Dalam Banjir

Bercakap mengenai persiapan Aidilfitri yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, Alyah sempat berkongsi pengalamanannya terpaksa beraya di dalam banjir.

Saya dulu orang susah. Rumah saya dulu senang naik air kalau hujan. Saya masih ingat malam raya saya masak rendang, tiba-tiba hujan lebat. Kami semua sibuk alih-alihkan benda lain.  Besoknya rendang tu hanyut terapung-apung. Tetapi nasib baik rendang tu masih elok dan boleh dimakan. Tetamu yang datang pun sempat puji sedap rendang yang dimasak saya. Kalau lah mereka tahu apa yang terjadi pada rendang tu,”cerita Alyah sambil tertawa.

Bercerita mengenai rutin Ramadan Alyah, penyanyi ‘Jutaan Purnama’ ini berharap dapat meluangkan lebih banyak masa bersama suami untuk Ramadan tahun ini.

Selalunya kalau hari pertama terawih, saya dan Tok Ram akan solat di Masjid Kinrara bersama-sama. Seminggu pertama tu memang saya akan luangkan masa bersama suami sebab selepas tu masing-masing akan sibuk dengan jemputan. Saya pula ada bisnes kanta lekap dan akan sering ke Singapura dan Sabah. Tahun lepas saya cuma ada masa satu hari sahaja berbuka puasa dengan Tok Ram. Jadi saya harap tahun ini tak begitulah.”

Konsert Untuk Peminat

Bakal memasuki tahun ke-20 bergelar penyanyi pada tahun hadapan, Alyah berharap dapat menghadiahkan sesuatu buat peminatnya seperi konsert mahupun showcase bagi meraikan perjalanan karier seninya.

Saya sangat berharap dapat buat sesuatu untuk peminat tahun hadapan. Saya rasa 20 tahun adalah satu perjalanan yang lama dan jauh. So hopefully next year boleh buat sesuatu seperti konsert atau showcase untuk mereka tahu bahawa this is my journey“.

Jika dahulu Alyah dilihat sering mewarnai pentas-pentas pertandingan besar seperti Anugerah Juara Lagu, tetapi kini jarang kita melihat Alyah berentap di atas pentas gah seperti itu. Kata Alyah, kini pertandingan bukan lagi sesuatu yang dikejarnya.

Dulu saya mesti nak kena masuk pertandingan. Tetapi suami menasihatkan saya bahawa saya tak boleh buat benda yang sama lagi. Dia kata kalau lagu you terpilih masuk pertandingan ia merupakan satu bonus. Untuk diri saya jangan letak harapan terlalu tinggi kerana industri sekarang unpredictable. Lebih baik fokus keluar lagu, orang terima dan you ada show. Sekarang adalah masa untuk orang baru. Saya tak boleh rasa cemburu atau dengki dengan orang sebab saya dah lalui semua itu”. 

Terbaru, Alyah baru sahaja melancarkan single terbarunya yang berjudul ‘Meluruh’ ciptaan Helen Yap dan lirik ditulis oleh Alyah dan Roslen Fadzil.

Di Sebalik Wajah Salam

Wajah Salam : Alyah
Gambar : Whitenery
Penyelaras dan Pengurus Projek : Shah Shamshiri
Teks (Bahasa Melayu ) : Helmi Anuar
Suntingan : Ili Farhana
Pereka grafik: Asyraf Tamam
Penata gaya : Tym Fatimah
Jurusolek : Saidatul Nisa
Busana: Wanpa & nobrand clothing

Similar Articles

Kemilau Bintang Ummi Nazeera

By Ili Farhana
Mei 19, 2019

Metamorfosis Liyana Jasmay

By Ili Farhana
Mei 12, 2019

Erra Fazira – Ceritera Sang Primadona

By Helmi Anuar
April 29, 2019

Kisah Nur Fazura & Hijab Di Bulan Ramadan

By Helmi Anuar
Mei 6, 2019

Aura Ziana Zain Belum Pudar

By Helmi Anuar
April 16, 2019

Syurga di Hati Ziana

By Helmi Anuar
April 24, 2019

Di Sebalik Tabir Wajah Salam Pertama SalamToday, The ‘Fabulous Ziana Zain’

By Shah Shamshiri
April 19, 2019