Kempen #MYmissingmillions Tingkat Kesedaran Saringan Awal Hepatitis C

Julai 25, 2019
By Nor Syariza Tahir

Menyedari kurangnya kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kepentingan menjalankan saringan awal bagi virus Hepatitis C (HCV), Yayasan Diagnostik Baru Inovatif (FIND) dan Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi) bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi melancarkan inisiatif saringan HCV terbesar di negara ini.

Diaksanakan menerusi kempen #MYmissingmillions yang diumumkan bersempena dengan Hari Hepatitis Dunia 2019, program itu bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan diagnosis awal HCV serta bagi memastikan semua rakyat Malaysia berpeluang untuk membuat pemeriksaan serta mendapatkan rawatan efektif secara percuma.

Di bawah kerjasama tersebut, rakyat Malaysia yang berisiko tinggi berpeluang untuk menjalani saringan secara percuma pada bulan Julai dengan menggunakan ujian pantas mudah di lebih daripada 100 hospital, pusat penjagaan kesihatan utama dan lokasi-lokasi kajian FIND di seluruh negara.

Semua pesakit yang disahkan menghidap HCV (viremia) kemudiannya akan dihubungkan dengan pusat-pusat kemudahan penjagaan kesihatan kerajaan setempat untuk rawatan, di mana terapi direct-acting antiviral disediakan.

Kempen #MYmissingmillions merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Kesihatan untuk memudahkan dan mengintegrasikan pemeriksaan dan rawatan Hepatitis C.

DNDi dan FIND berharap sokongan mereka itu dapat membantu mengukuhkan strategi kerajaan untuk mencari #MYmissingmillions.

Dianggarkan kira-kira 400,000 orang kini menghidap Hepatitis C di Malaysia.

Manakala lebih daripada 71 juta orang dijangkiti secara kronik di seluruh dunia, dengan lebih 80% daripadanya adalah terdiri daripada penduduk negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Hepatitis C merupakan epidemik yang senyap, memandangkan majoriti besar daripada mereka yang dijangkiti tidak menyedari status tersebut dan tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit, sekali gus mengekang mereka daripada mendapatkan rawatan.

Foto: DNDi

Dianggarkan kira-kira 400,000 orang kini menghidap Hepatitis C di Malaysia.

Similar Articles

Amalkan Habbatus Sauda Untuk Kebaikan Kesihatan

By Rahayu Mat Nah
Julai 22, 2019

Tips Pemakanan Yang Betul Untuk Bersenam

By Nor Syariza Tahir
Julai 14, 2019