Kemilau Bintang Ummi Nazeera

Mei 19, 2019
By Ili Farhana

I’m a big, big fan, saya betul-betul sukakan Captain Marvel,” kata Ummi Nazeera sewaktu kami berbual dengannya semasa sesi fotografi untuk Wajah Salam. “Saya suka karakternya yang kelihatan normal saja, tidak perlu berketurunan dewa-dewi untuk menjadi adiwira atau pahlawan. Dia normal tapi sungguh powerful, ada brains, bijak.”

Ah, tidakkah Ummi sedar, bahawa dia juga seperti itu? Dari luar, Ummi Nazeera kelihatan biasa-biasa sahaja, tetapi mindanya sentiasa bekerja dan penuh perkiraan dan perhitungan untuk hidupnya. Apalagi sejak menjadi ibu, kini lebih bervisi, tidak boleh manja-manja lagi katanya.

Financial-wise, work-wise, I tell myself I need to commit more to working. Sekarang saya ada anak (Ayra Aneesah, 8 bulan), saya mahu lebih komited bekerja kerana saya mahu berikan dia yang terbaik, hantar dia ke sekolah yang terbaik, pastikan dia mendapat pendidikan yang terbaik, dan hal-hal seperti itu. Saya jadi lebih berfikir jauh.”  

 

Tentang percaturan pekerjaan

Ummi Nazeera yang dulu sedikit memilih, paling banyak dua filem atau siri televisyen yang akan dipilihnya. Tetapi sekarang, Ummi Nazeera telah memilih untuk bernaung di bawah Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. untuk lebih mengembangkan lagi kerjayanya sebagai pelakon dan pengacara. “Saya belum cuba menyanyi saja lagi.”

“Saya selalu memilih kerana saya mahu berikan yang terbaik. It can be very tiring because I always give 200%. Jika saya rasa saya tak boleh lakukannya atau watak itu tidak serasi saya tak akan commit dengan projek itu.”

“Tetapi saya rasa saya mahu tukar stail. Saya mahu lebih terbuka dan mahu mencuba lebih banyak watak lagi. Saya juga telah membuat keputusan untuk bernaung di bawah Rocketfuel Entertainment kerana saya perlukan sebuah pihak pengurusan yang membantu melancarkan perjalanan karier saya. I want to push myself more.”

“Saya belum pernah berlakon filem action. Entah mampu atau tidak. Because of my physical being and tudung semua. Saya tak tahu mampu atau tidak walaupun teringin. Kalau macam watak Captain Marvel, itu memang watak idaman. Dan saya suka filemnya. I like what it teaches our community, especially our younger generation. Ia tidak menggalakkan kita untuk memasang angan-angan yang memudaratkan, dan tak perlu nak tunjuk everything (dari segi pemakaian).”

“Tidak bermaksud industri hiburan sekarang kurang peluang untuk pelakon atau pengacara bertudung. Our industry has been kind to us yang bertudung. Banyak karakter yang ditawarkan. Cuma kadangkala, ada sesetengah babak kami tak boleh bawa, contohnya seperti overly hug another man, tak bolehlah begitu. Ada banyak production house yang sangat memahami, jadi tak jadi masalah. Bergantung kepada pengarah juga. Dan sebenarnya ia bergantung kepada kita juga. Kita sebagai perempuan, sebagai pelakon, sebelum tandatangan kontrak, bertanyalah dan jika perlu bernegosiasilah dulu. Buka production house sendiri? Tak mahulah. Tapi insyaAllah saya mahu menjadi seorang executive producer, atau funder.”

Tentang hal-hal di luar dunia seni

“Lebih kurang 3-4 bulan lalu saya memulakan Nazeera, perniagaan online saya yang menjual hijab dan telekung. We have a team, tapi ada sesetengah bahagian seperti shipping, kami outsource. Ada pembahagian tugaslah. My part is monitoring, managing things and marketing.”

“InsyaAllah bulan puasa ini saya akan ke Singapura untuk cuba mencari peluang berniaga di sana pula. Perlahan-lahanlah kembangkan business ini. Tak mahu gopoh. I want to see what people like and I want to see what’s best. Business hijab harus belajar tentang kain, kain apa yang terbaik, itu ini. Tak lama lagi kami akan keluarkan printed hijab yang pertama. I’m very excited about it.”

 

Tentang Keseimbangan

“Sebelum Nazeera, di sela-sela berlakon, saya berkerja dengan ibu saya, ada gaji bulanan di situ. Sebab itulah sebenarnya boleh memilih-milih. Ibu sebenarnya sudah bagi greenlight, kalau mahu fokus sepenuhnya kepada lakonan atau dunia hiburan, boleh saja. Pembahagian masa dengan keluarga juga okey kerana ada pembahagian tugas juga.”

“For me, it’s all about balance. Ada masa untuk keluarga tapi pada masa yang sama boleh fokus kepada kerjaya. Selepas melahirkan Ayra, saya sangat fokus kepada penjagaannya. Sekarang dia sudah besar sedikit, sudah mula merangkak, saya boleh kembali kepada kerjaya hiburan saya pula.”

“Ibu saya ibu tunggal, dan dia berjaya membesarkan saya dan abang saya dengan baik, walaupun sibuk dengan kerjayanya. Tidaklah dia tinggalkan kami begitu saja. Itu yang saya belajar daripada beliau, it’s all about balance.”  

 

Tentang Bergelar Ibu

“Tidak cukup tidur itu pastilah. Tetapi paling ketara, motherhood has made me put someone else in front of me first, way in front of me. It’s all about Ayra now. Saya ada hadiri kelas-kelas cara mendidik anak kerana pada saya ilmu seperti itu sangat penting. Ibu mertua saya juga agak menggalakkan saya untuk menghadiri kelas-kelas begitu.

“Kelmarin apabila saya mendapat tahu tentang SalamWeb, saya sangat gembira, kerana saya takut apa yang akan terjadi kepada anak saya apabila dia sudah pandai pegang handphone nanti. Takutlah, sekarang ini, macam-macam ada, macam-macam boleh jadi. That’s why I’m particular about raising Ayra.”

“Lagi satu, saya dan bapanya (Dr. Mohd Izzar Anwari) tidak mahu terlalu memanjakannya juga. Kami mahu dia tahu, jika dia mahukan sesuatu, dia perlu berusaha mendapatkannya. Saya mahu berikan dia kaki untuk dia berlari sendiri.”

Tentang Success dan Setting Goals

“Adik-adik di luar sana, dengar sini, don’t believe everything you see. Not everything is easy. Ibu saya pernah memberitahu saya, tak kisahlah berapa banyak duit dan aset yang kita ada, jangan berhenti bekerja. Bila kita bekerja, kita ada pendapatan. Aset ada bertimbun pun kalau kita sewakan ia takkan berikan kita pendapatan. Tak semuanya semudah yang disangkakan. Yang penting, kita harus cekal hati dan tidak berputus asa.”

“Always write down your goals. Kalau kita tulis goals kita, mudah untuk kita semak balik kemajuan diri kita. Kita juga jadi lebih fokus kerana kita tahu arah tuju kita. Macam saya, suka buat macam-macam. I write down what I want to do and what I want to achieve. Contohnya, kalau berniaga, berapa helai tudung saya mahu jual dalam masa sebulan, jika target itu tidak dicapai, selagi itulah saya akan berusaha.”

“Pada saya, kejayaan itu menyeluruh. Ia bukan saja tentang wang ringgit tetapi saya mahu keluarga saya bahagia juga. Apa gunanya kalau kaya-raya dan berjaya dalam kerjaya but you don’t have someone to go back to. Saya ada ramai kawan begitu, terlalu fokus kepada kerjaya, tetapi akhirnya mereka kesepian.” 

 

Tentang Ramadan dan Persediaan Hari Raya

Ini Ramadan pertama bersama Ayra. Tahun lalu saya tak dapat berpuasa kerana mengandungkan dia. Jadi fokus saya tahun ini adalah puasa. Saya juga excited untuk menyambut Hari Raya tahun ini. Tahun lepas kami pulang ke Baling, kampung suami. Ini tahun pertama suami menyambut hari raya pertama bersama keluarga saya dan kami akan pulang ke kampung halaman saya di Besut, Terengganu. Sambutannya agak meriah tahun ini kerana Ibu telah merancang untuk mengumpulkan kesemua lima generasi keluarga saya. Bayangkan betapa ramainya nanti, beratus-ratus pasti.

Di Sebalik Wajah Salam

  • Wajah Salam : Ummi Nazeera
  • Gambar : Bustamam Mokhtar, White Studio
  • Penyelaras dan Pengurus Projek : Shah Shamshiri
  • Teks (Bahasa Melayu) : Ili Farhana
  • Suntingan : Shah Shamshiri
  • Pereka grafik: Asyraf Tamam
  • Penata gaya : N.Azwa
  • Jurusolek : Saidatul Nisa
  • Busana:
  •       Gaya Pertama:
  •       Skaf: Nazeera
  •       Jaket: Helmi Hamdan
  •       Blaus: Helmi Hamdan
  •       Skirt: D.D Collective
  •       Aksesori: Milik Penata Gaya
  •       
  •       Gaya Kedua:
  •       Skaf: Nazeera
  •       Vest: Wan & Mary
  •       Blaus: Wan & Mary
  •       Celana: Wan & Mary
  •       Topi: Hanna B
Pada saya, kejayaan itu menyeluruh. Ia bukan saja tentang wang ringgit tetapi saya mahu keluarga saya bahagia juga. Apa gunanya kalau kaya-raya dan berjaya dalam kerjaya but you don’t have someone to go back to.

Similar Articles

Metamorfosis Liyana Jasmay

By Ili Farhana
Mei 12, 2019

Erra Fazira – Ceritera Sang Primadona

By Helmi Anuar
April 29, 2019

Kisah Nur Fazura & Hijab Di Bulan Ramadan

By Helmi Anuar
Mei 6, 2019

Syurga di Hati Ziana

By Helmi Anuar
April 24, 2019

Aura Ziana Zain Belum Pudar

By Helmi Anuar
April 16, 2019

Di Sebalik Tabir Wajah Salam Pertama SalamToday, The ‘Fabulous Ziana Zain’

By Shah Shamshiri
April 19, 2019