Kelebihan Puasa Sunat Enam Hari Di Bulan Syawal

Jun 9, 2019
By Helmi Anuar

Sebulan berpuasa di bulan Ramadan, akhirnya tiba 1 Syawal di mana berakhirnya tempoh berpuasa wajib bagi umat Islam.

1 Syawal adalah hari yang diharamkan bagi umat Islam untuk berpuasa kerana hari inilah yang membezakan bulan yang lain dengan bulan Ramadan.

Namun umat Islam disunatkan untuk berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal dan boleh mula dilakukan pada 2 Syawal.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” (Muslim : 1164)

Antara kelebihan berpuasa enam hari di bulan Syawal ialah anda tidak semestinya berpuasa enam hari berturut-turut. Boleh dilakukan selang seli namun harus dihabiskan di dalam bulan Syawal.

Jadi tiada masalah jika anda mahu memenuhi jemputan rumah terbuka kerana puasa enam boleh dilakukan pada bila-bila di bulan Syawal.

Jom kita lakukan puasa sunat ini, kerana selepas kita beraya dan makan bermacam-macam juadah, elok juga kita berpuasa enam, dapat juga turunkan berat badan yang  naik dek asyik menjamu selera di rumah terbuka. Selain itu kita juga bakal mendapat ganjaran pahala setahun berpuasa. Rugi kalau kita melepaskannya.

Kredit Foto : iStock