Kek Ikan Thai Untuk Pembuka Selera

Julai 15, 2019
By Rahayu Mat Nah

Kek Ikan Thai memang menyelerakan jika dinikmati sebagai hidangan pembuka selera atau hidangan minum petang.

Jika ke Thailand, tidak sah jika tidak mencuba hidangan popular ini. Mewah dengan rasa ikan dan pedas.

Jom cuba buat sendiri di rumah. Mana tahu, rasanya lebih enak daripada yang di kedai. Lagipun, air tangan seorang ibu adalah pengikat kasih-sayang sekeluarga.

 

Bahan-bahan

1) 3 tin Ayam Brand Tuna Dalam Tin, tapis airnya

2) 5 helai daun limau purut

3) 50 ml Ayam Brand Santan

4) 1 biji telur ayam

5) ½ sudu besar sos ikan Thai

6) 6 biji cili merah

7) ½ paket kecil serbuk kari

8) 5 keping lengkuas dihiris

9) 3 tangkai daun bawang, dihiris

10) 5 gram ketumbar, dihiris

 

Cara Memasak

1) Dalam pengisar, masukkan daun limau purut, cili, lengkuas, tuna, serbuk kari, santan, sos ikan dan telur. Kisar sehingga sebati dan menjadi pes.

2) Pindahkan ke dalam mangkuk dan tambahkan daun bawang dan ketumbar.

3) Menggunakan parchment paper, bentuk kesemua pes campuran tadi menjadi bentuk bulat dan simpan di dalam peti sejuk sehingga agak keras untuk digoreng.

4) Dalam kuali, tambahkan sedikit minyak masak kelapa Ayam Brand dan goreng sehingga berwarna keemasan / masak. Hidangkan dengan salad.

 

Resipi & foto : Ayam Brand Malaysia

 

Similar Articles

Gulai Udang Masak Kunyit Menyelerakan Dari Ayam Brand

By Rahayu Mat Nah
Jun 24, 2019

Roti Jala Sardin Untuk Raikan Tetamu

By Rahayu Mat Nah
Jun 16, 2019

Puding Roti Santan dan Mentega Kukus Untuk Buka Puasa

By Rahayu Mat Nah
Mei 17, 2019