‘Jika Kau Bercinta Lagi’ Versi Baharu Dalam Gaya 80-an

Oktober 9, 2019
By Nor Syariza Tahir

Lagu-lagu kumpulan Alleycats sememangnya tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.

Ia bukan sahaja sering dinyanyikan oleh artis-artis dari zaman selepas itu, malahan turut menjadi siulan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur.

Begitu juga untuk lagu ‘Jika Kau Bercinta Lagi’ ciptaan Datuk M. Nasir yang merupakan single Alleycats dari album mereka yang pertama.

Diterbitkan pada tahun 1979, selepas 40 tahun, kini ia dinyanyikan semula dalam versi duet oleh Fieza Hanis, seorang penyanyi baharu bersama Ezad Lazim, yang membuat penampilan istimewa dalam lagu ini.

Meskipun diberi nafas baharu, apa yang menarik dalam lagu ‘Jika Kau Bercinta Lagi versi baharu ini adalah gubahan muzik yang mengetengahkan gaya dan video muzik era 80-an.

Ia dibuat sebagai homage kepada gaya muzik era tersebut.

Susunan baharu itu dipertanggungjawabkan kepada Syed ENV, komposer yang pernah menghasilkan lagu-lagu dan susunan muzik untuk Dayang Nurfaizah sebelum ini, bersama Boon Tan yang bertindak selaku penerbit.

Lebih menarik, versi kali turut memuatkan sedikit bahagian rap yang turut dinyanyikan mengikut stail rap era 80-an dan disampaikan oleh Fieza Hanis sendiri.

‘Jika Kau Bercinta Lagi’ merupakan single pengenalan buat Fieza Hanis, bakat baharu yang bernaung di bawah Broadway Entertainment kepada peminat muzik.

Video muzik lagu ini boleh ditonton di saluran YouTube – Broadway NuMusic.

 

Foto: YouTube

Lebih menarik, versi kali turut memuatkan sedikit bahagian rap yang turut dinyanyikan mengikut stail rap era 80-an dan disampaikan oleh Fieza Hanis sendiri.

Similar Articles