Jenis-Jenis Haiwan Yang Boleh Dijadikan Korban

Ogos 8, 2019
By Helmi Anuar

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk umat Islam seluruh dunia menyambut kedatangan hari mulia yang penuh rahmat iaitu Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji

Pada hari inilah umat Islam di seluruh dunia akan menjalankan ibadah korban. Namun tahukah anda apakah jenis-jenis haiwan yang boleh dikorbankan?

Para ulama bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan korban hanyalah binatang yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina.

Manakala umur yang sesuai untuk haiwan dijadikan korban adalah :

  1. Unta – berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun.
  2. Lembu/kerbau/kambing – 2 tahun masuk ke 3 tahun.
  3. Biri-biri/kibas – Setahun masuk kedua atau sudah bersalin gigi hadapan walaupun belum cukup setahun tetapi melebihi 6 bulan.

Selamat menjalani ibadah korban kepada seluruh umat Islam di dunia.

 

Sumber : muftimelaka.gov.my

Foto : Patryk Sobczak , Unsplash 

Similar Articles

Status Hukum Daging Korban

By Helmi Anuar
Ogos 7, 2019

Pengajaran Daripada Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim Dan Siti Hajar

By Nor Syariza Tahir
Ogos 7, 2019

Hidup Ini Satu Pengorbanan, Jadi Jangan Mengeluh

By Rahayu Mat Nah
Ogos 5, 2019