Hijab Perfection Series Penyelesaian Kepada Penjagaan Rambut Terbaik Hijabista

Mei 15, 2019
By Rahayu Mat Nah

Rejoice dengan bangganya memperkenalkan koleksi syampu dan perapi baharu, Hijab Perfection Series yang didatangkan dengan formula 3-dalam-1.  Produk ini terhasil selepas barisan saintis P&G Rejoice melakukan satu kajian terhadap wanita-wanita yang mengenakan tudung atau hijab baru-baru ini.

Hasil kajian mendapati terdapat tiga kebimbangan utama berkaitan rambut dan kulit kepala yang dialami oleh golongan Hijabista hari ini iaitu masalah kelemumur, bau yang kurang menyenangkan dan kekusutan.

Pada majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini, Rejoice telah berkongsi tentang sains di sebalik formula baharu, selain daripada paparan demonstrasi sains interaktif oleh Dr Rebecca Kan dari Bahagian Komunikasi Saintifik Penjagaan Rambut P&G Asia Pasifik.

Produk terbaharu berkenaan menyelesaikan tiga masalah utama iaitu masalah kelemumur, rasa panas dan bau tidak menyenangkan serta masalah rambut kusut. Oleh itu, siri baharu ini semestinya solusi penjagaan rambut yang terbaik bagi golongan Hijabista.

Wajah jenama Rejoice, Elfira Loy yang turut hadir pada majlis pelancaran tersebut melahirkan rasa gembira dengan pelancaran produk terbaru itu. Bagi Elfira, selain boleh memastikan rambutnya kekal dingin dan segar sepanjang hari, dia juga jatuh cinta dengan rekaan pek yang menarik dan dilihat sebagai simbol seorang hijabista moden.

“Saya telah menjadi wajah jenama Rejoice di peringkat awal kerjaya, malah dikenali ramai sebagai ‘Gadis Rejoice Bertudung Hijau’. Saya amat gembira kerana sekali lagi dapat berganding tenaga Bersama Rejoice untuk pelancaran Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ yang baharu pada hari ini.”

Saya begitu gembira mengetahui bahawa produk baharu ini  dapat memastikan rambut saya kekal dingin dan segar sepanjang hari. Selain itu, saya juga jatuh cinta dengan rekaan pek yang menarik dan dilihat sebagai simbol seorang hijabista moden seperti saya. Saya tentunya mengesyorkan siri baharu Rejoice ini kepada hijabista-hijabista lain di Malaysia pada bulan Ramadan ini,” ujar Elfira Loy.

Sementara itu, Encik Sahil Sethi, Pengarah Komersial Penjagaan Kecantikan P&G Malaysia, berkata,

“Rejoice sentiasa menjadi sebuah jenama yang pertama melancarkan sesuatu produk di pasaran. Ia termasuk syampu 2-dalam-1, syampu anti kelemumur kosmetik serta syampu Minyak Panas yang pertama di pasaran.”

“Ia sentiasa meletakkan penanda aras untuk rambut licin sempurna dan menjadi salah satu jenama penjagaan rambut paling dikasihi di Malaysia. Meneruskan kejayaan inovasi ini, kami melancarkan ‘Hijab Perfection Series’ yang menangani masalah kelemumur, rasa panas dan bau kurang menyenangan serta rambut kusut dalam satu langkah, menjadikan ia solusi sempurna bagi hijabista pada Ramadan kali ini.”

Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ boleh didapati dalam dua varian, iaitu Syampu 3-In-1 Perfect Cool (untuk rasa dingin yang lebih ketara dan kesan kesegaran optimum) dan Perfect Perfume (untuk wangian yang berpanjangan).

Varian-varian syampu lebih sempurna dengan penggunaan perapi 3-In-1 Perfect Conditioning bagi rambut yang licin dan rapi.

Syampu dan perapi Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ boleh didapati dalam tiga saiz berbeza iaitu 170 ml, 340 ml dan 600 ml. Rangkaian produk baharu itu ditawarkan di kesemua rangkaian MYDIN dan kedai runcit utama di seluruh Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Rejoice ‘Hijab Perfection Series’, sila kunjungi laman Facebook Rejoice Malaysia di https://www.facebook.com/rejoicemalaysia/

Kredit foto : P&G Malaysia