Hidangan Popular Rumah Terbuka

Jun 10, 2019
By Helmi Anuar

Masuk sahaja bulan Syawal pasti ramai umat Islam di Malaysia sedang merancang untuk membuat rumah terbuka ataupun untuk ke rumah terbuka.

Juadah-juadah lazat yang dihidangkan di rumah terbuka pastinya membuka selera anda dengan pelbagai variasi makanan.

SalamToday senaraikan lima makan yang popular yang sering dimasak di rumah terbuka seluruh Malaysia.

 

1. Laksa

Laksa ibarat menu wajib setiap kali menjelang raya. Laksa sangat senang dijumpai di rumah-rumah terbuka. Biarpun kadang-kadang laksa bukan menu utama di rumah terbuka, namun ia tetap ada sebagai menu sampingan.

2. Bihun Sup

Seperti laksa, bihun sup juga sering menjadi pilihan rakyat Malaysia tatkala berkunjung ke rumah terbuka. Kanak-kanak juga menggemari bihun sup kerana rasanya yang tidak pedas jika tidak dicampur dengan cili.

3. Mi Kari

Bagi penggemar Mi pula, Mi Kari pastinya antara menu yang paling dinantikan setiap kali menjelang Syawal. Rasa kuahnya yang berlemak dan pedas ditambah dengan pelbagai rencah seperti tauhu kering, telur rebus dan kerang pastinya menambat selera tetamu yang datang.

4. Satay

Satay antara yang paling ‘laku’ jika dihidangkan di rumah terbuka. Selain rasanya yang sedap di makan bersama kuah kacang dan nasi himpit, satay juga adalah menu yang mudah untuk di makan.

5. Soto

Hidangan soto pastinya sering dijumpai di rumah terbuka di selatan Tanah Air. Ada pelbagai versi soto. Tetapi yang pasti soto juga antara hidangan yang pasti tidak akan dilepaskan oleh tetamu yang hadir ke rumah terbuka. Sup ayam berempah ini dimakan bersama nasi himpit mahupu bihun atau mi. Ditambah pula dengan bergedil dan carikan ayam. Mahu lebih ‘kick’ tambah sahaja sambal kicap yang pasti membuatkan anda berpeluh.

Kredit Foto : Rasa, Tourism Malaysia, carousell, Detik Food.