‘Hello’ Dari Andi Bernadee dan Ismail Izzani

November 29, 2019
By Shah Shamshiri

Andi Bernadee dan Ismail Izzani bukanlah nama-nama yang asing lagi di kalangan peminat muzik tempatan. Meskipun kerjaya seni mereka baru berusia tiga tahun, penyanyi yang mesra disapa sebagai Andi dan Ismail ini boleh diangkat sebagai sensasi muzik terkini.

Walaupun masing-masing mempertaruhkan genre rancak, Andi dan Ismail mempunyai gaya dan keunikan tersendiri malah karya terbitan mereka terus-terusan mendapat sambutan dan menjadi lagu hits siulan anak muda masa kini. Bakat muda yang mendapat jolokan ‘budak baru nak up’ (BBNU) ini merupakan antara barisan artis yang dipilih untuk menjayakan Konsert Lazada 11.11 Super Show di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Ahad lalu. Kini Andi dan Ismail bakal memanaskan lagi industri muzik tempatan dengan kolaborasi yang paling dinantikan tahun ini menerusi lagu duet berjudul “Hello”.

 Single ini merupakan terbitan World Peace Entertainment Sdn Bhd dengan kerjaasama Warner Music Malaysia. “Hello” merupakan hasil ciptaan bersama Mas Dewangga, Firdaus Rahmat dan Ismail Izzani. Lagu membawa genre pop elektro ini diberikan susunan muzik segar setaraf muzik kontemporari antarabangsa. Gabungan alunan suara dan gaya vokal Andi dan Ismail tampak serasi dalam menyampaikan lagu mesra telinga ini.

Hello” dijangkakan mampu mengangkat lagi profil mereka sebagai penyanyi  dan dijangkakan bakal mencipta fenomenanya tersendiri. Pasangan duo ini berharap agar lagu taruhan mereka ini mendapat sambutan positif peminat muzik di rantau ini sekaligus  mengukuhkan lagi tapak mereka dalam industri muzik sebagai bakat muda yang berpotensi besar mencipta lebih banyak kejayaan untuk industri muzik tempatan.

 Single “Hello” boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 15 November 2019.

Similar Articles

Kandungan SalamToday boleh didapati dalam: