Hati-hati, Sesetengah Makanan Mengandungi Gas Yang Banyak.

November 20, 2019
By Shah Shamshiri

Pernahkah anda mengalami situasi di mana perut anda berasa tidak selesa di bahagian-bahagian tertentu, dan tempat ketidakselesaan itu sentiasa berubah? Kemungkinan besar ia disebabkan oleh gas atau masalah pencernaan.

Menurut laman sesawang adindaherbs.com kembung perut juga berkemungkinan berpunca dari masalah dalaman yang lain, namun kembung perut lebih mudah berlaku disebabkan oleh apa yang anda makan, termasuk cara bagaimana anda makan. Selalu kentut dan sendawa merupakan tanda-tanda dimana badan anda sedang mengandungi gas. Walaupun anda berjaya mengeluarkan gas tersebut melalui sendawa dan kentut, ia bukanlah sesuatu yang baik untuk tubuh anda jika dibiarkan.

Bayangkan anda menyimpan gas beracun di dalam tubuh. Ia bukan sahaja mampu membuatkan perut anda kelihatan buncit, malah mampu mengundang pelbagai lagi masalah lain seperti bau mulut atau pernafasan yang tidak menyenangkan orang disekeliling anda!

Menurut National Digestive Disease Information Clearinghouse, gas terjadi apabila anda menelan udara menerusi makanan atau proses pencernaan makan yang menghasilkan gas. Gas yang keluar dari tubuh manusia bukanlah sejenis penyakit, sebaliknya ianya merupakan salah satu proses metabolisme tubuh. Jangan risau, ia adalah normal dan manusia mampu mengeluarkan gas sehingga 20 kali sehari. Usus anda akan menghasilkan gas yang berlebihan akibat terlalu banyak ‘menelan’ udara (ini betul-betul makan angin) atau akibat beberapa makanan tertentu.

Berikut merupakan beberapa makanan yang mengandungi gas yang agak tinggi:

  1. Bawang memiliki rasa yang unik berserta aroma yang sangat kuat dan sangat bermanfaat bagi kesihatan tubuh badan.Namun, kandungan fruktosa didalam bawang akan menghasilkan gas secara berlebihan didalam tubuh anda. Terutama sekali jika ia dimakan secara mentah. Walau bagaimanapun, kesan tersebut dapat dikurangkan dengan memasak bawang terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

 

2.  Serat di dalam kacang buncis dan kacang hijau menjadi lembut seperti gel semasa proses pencernaan di dalam usus dan secara tidak langsung ia akan menyebabkan gas berlebihan terhasil.

3. Perut manusia sukar untuk mencerna saturan berkanji seperti jagung terutamanya jika digoreng atau bakar.Oleh itu, jika anda penggemar jagung, kurangkan memakan jagung bakar dan cuba jagung rebus yang lebih berkhasiat.

4. Anda penggemar makanan segera ’?Makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi kemudian digoreng, contohnya makanan segera dapat menyebabkan gangguan pencernaan. Tidak seperti beberapa lemak lain yang baik untuk usus, lemak yang terkandung di dalam makanan segera tidak dapat di manfaatkan dengan cara yang sama di dalam tubuh. Makanan segera mengandungi kadar lemak tepu yang tinggi, tidak sihat dan boleh menyebabkan inflamasi dalam tubuh. Oleh itu, kurangkan memakan makanan segera, cuba dan belajar memasak sendiri di rumah!

 

sumber : adindaherbs.com

gambar oleh unsplash

Similar Articles

Makanan Sunnah Dan Tahan Lama Untuk Bersahur

By Nor Syariza Tahir
Mei 6, 2019

10 Makanan Bertenaga di Bulan Ramadan

By Rahayu Mat Nah
Mei 3, 2019

10 Makanan Mengurangkan Risiko Kanser Payudara

By Rahayu Mat Nah
Julai 16, 2019

6 Cara Kurangkan Pengambilan Makanan Manis

By Rahayu Mat Nah
Mei 13, 2019

7 Makanan Bantu Kurangkan Stress

By Rahayu Mat Nah
Ogos 5, 2019
Kandungan SalamToday boleh didapati dalam: