Halfest Jakim 2019 Ketengah Produk Dan Perkhidmatan Halal

September 6, 2019
By Nor Syariza Tahir

Ekspo perdagangan dan kepenggunaan halal terbesar di Malaysia yang dikenali sebagai Halfest (Halal Fiesta) Jakim 2019 kembali lagi pada tahun ini dengan pelbagai pameran produk dan perkhidmatan halal yang diketengahkan.

Berlangsung dari 4 hingga 8 September 2019 di Pusat Pameran Mines (MIECC) Seri Kembangan, Selangor, Halfest edisi ke-8 itu dihoskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selaku penganjur utama dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai penganjur bersama.

Menariknya pada penganjuran tahun ini, Halfest mengetengahkan usahawan daripada golongan asnaf serta mempromosikan budaya halal bukan sahaja dalam kalangan usahawan atau pengguna Islam, malahan yang bukan beragama Islam.

Menerusi acara tersebut, pendedahan terperinci mengenai produk-produk dan perkhidmatan yang mendapat pensijilan halal oleh Jakim dan JAIN turut diberikan bagi meningkatkan pemahaman dan kesedaran para pengunjung.

Selain itu, Halfest Jakim 2019 juga merupakan medan utama yang bakal mengetengahkan produk-produk halal dan perkhidmatan-perkhidmatan patuh Syariah di Malaysia.

Antara sektor halal yang diketengahkan termasuk makanan dan minuman, farmaseutikal, barangan penjagaan diri dan kosmetik, perbankan Islam, takaful dan pelaburan patuh Syariah, pembungkusan halal dan ketering, perkhidmatan berstatus halal serta badan-badan keusahawanan dan kementerian serta agensi-agensi berkaitan.

Dengan mengunjungi acara tersebut, pengguna terutamanya orang awam berpeluang untuk lebih memahami mengenai sektor halal di Malaysia selain mengenalpasti produk-produk dan perkhidmatan yang berstatus halal.

Turut akan diadakan pada acara sepanjang lima hari itu adalah program-program yang menarik, bermanfaat dan dapat memberi pengetahuan tambahan kepada pengunjung.

Antaranya adalah Chat Industri Halal, Klinik MYeHalal Jakim, Halal Travel Mart, Minggu Perbankan Islam, Takaful dan Minggu Pelaburan, sesi demonstrasi masakan oleh cef-cef terkanal dan bazar makanan Halfest Jakim.

Halfest Jakim 2019 menerima penyertaan daripada lebih 450 usahawan dengan jangkaan untuk menarik lebih daripada 80,000 pengunjung.

Ia dibuka kepada orang ramai dari pukul:

10.00 pagi – 7.00 petang: 4 & 5 September

10.00 pagi – 9.00 malam: 6, 7, 8 September

 

Foto: Aiem Rahman

Menerusi acara tersebut, pendedahan terperinci mengenai produk-produk dan perkhidmatan yang mendapat pensijilan halal oleh Jakim dan JAIN turut diberikan bagi meningkatkan pemahaman dan kesedaran para pengunjung.

Similar Articles

5 Produk Halal Menarik di MIHAS 2019

By Shah Shamshiri
April 24, 2019