Ganjaran Basikal Jika Solat Subuh Berjemaah

November 5, 2019
By Ili Farhana

Di Malaysia, sempat tular di media sosial baru-baru berita Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Bukit Damansara memberi wang saku kepada para pelajar yang solat subuh berjemaah di masjid itu.

Hari ini muncul berita tentang sebuah masjid di Bangalore, India yang menghadiahkan basikal kepada 99 orang kanak-kanak yang solat subuh di masjid itu selama 40 hari berturut-turut.

Para ahli jawatankuasa Masjid Hajee Sir Ismail Sait melancarkan inisiatif itu selepas mendengar kejayaan kempen yang sama di masjid-masjid tempatan lain. Khabarnya seramai 200 orang kanak-kanak telah mendaftar untuk cuba menunaikan solat subuh berjemaah di masjid itu.

Mereka yang tidak berjaya melengkapkan 40 hari berturut-turut dihadiahkan jam tangan baru untuk menghargai usaha dan cubaan mereka.  Selain daripada Malaysia dan India, inisiatif ini juga turut dicuba di Turki, Mesir dan England.

 

Ganjaran Sebenar Solat Subuh Berjemaah

Menarik juga cubaan menggalakkan kanak-kanak dan anak-anak muda setempat untuk meramaikan masjid dan surau, terutama sekali pada untuk solat Subuh. Apa agaknya ganjaran yang boleh digunakan untuk ‘mengumpan’ orang dewasa untuk turut hadir menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid atau surau?

Memang solat subuh jatuh dalam kategori ‘berat’ untuk dikerjakan. Bangun pagi saja kita susah. Apalagi untuk bangun awal, dan keluar ke surau atau masjid berdekatan untuk subuh berjemaah.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

إِنَّ أَثْقَلَ صَلَاةٍ عَلَى الْمُنَافِقِينَ صَلَاةُ الْعِشَاءِ، وَصَلَاةُ الْفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Maksudnya: “Seseungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafiq adalah solat isyak dan solat al-Fajar (subuh). Sekiranya mereka mengetahui (pahala) apa yang terdapat pada keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.” [Riwayat Muslim (651)]

 

Ibu bapa perlu sedar bahawa anak-anak adalah refleksi diri mereka. Liat kita untuk solat subuh berjemaah, liat jugalah mereka. Ketahuilah, ganjaran solat subuh berjemaah sebenarnya jauh lebih besar daripada harga sebuah basikal atau sebarang ganjaran wang.

Daripada Uthman bin al-Affan RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

 

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah, seumpama dia telah solat separuh daripada malam dan sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seumpama dia telah solat sepanjang malam.” [Riwayat Muslim (656)]

 

Jadi, yuk kita pasang ‘alarm’ pada jam kita dan cuba untuk bangkit solat subuh di masjid atau surau berdekatan!

 

Sumber: Ilmfeed dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Gambar: 123RF & Ilmfeed

Similar Articles

Dapat Wang Belanja Sekolah Jika Solat Subuh Di Masjid

By Helmi Anuar
Oktober 16, 2019

Tidak Bangun Solat Subuh Kerana Di Kencing Syaitan?

By Rahayu Mat Nah
Ogos 22, 2019

5 Lokasi Tumpuan Pelancong Di Tokyo Yang Menyediakan Ruang Solat

By Nor Syariza Tahir
Oktober 8, 2019

7 Langkah Mencapai Khusyuk Dalam Solat

By Nor Syariza Tahir
Jun 14, 2019

Adakah Sah Solat Ketika Azan Berkumandang?

By Nor Syariza Tahir
Oktober 16, 2019

Bolehkah Pakaian Tidur Dibawa Solat?

By Nor Syariza Tahir
September 10, 2019

Cara Mendisiplinkan Diri Untuk Bersolat Pada Awal Waktu

By Nor Syariza Tahir
Julai 29, 2019

Kelebihan Solat Sunat Dhuha, Rugi Jika Tidak Amalkan

By Helmi Anuar
Julai 15, 2019
Kandungan SalamToday boleh didapati dalam: