‘Food For Iman’ Teroka Tempat Makan Halal Di Kuala Lumpur

April 25, 2019
By Nor Syariza Tahir

Bagi pembaca yang mengenali kolumnis Iman Azman, kini anda boleh mengikuti perkembangan wanita tersebut dan mendapatkan tips-tips khusus mengenai tempat makan-tempat makan halal popular di sekitar Kuala Lumpur menerusi rancangan online terbaharu, ‘Food For Iman’.

‘Foor For Iman’ merupakan sebuah program online yang disiarkan di saluran gaya hidup Islam yang semakin mendapat sambutan, DOPS TV.

Dalam setiap episod, penonton berpeluang untuk ‘mengikut’ Iman mencari tempat makan-tempat makan menarik yang menyediakan pelbagai makanan unik, menyelerakan, dan yang paling penting adalah halal di sekitar ibu kota.

Antara restoran yang ditampilkan adalah Copper by Fav, Lubuk Bangku, BBQ Lamb KL Kemensah dan Anaki Boizu yang mempunyai keistimewaan masing-masing.

Anaki Boizu misalnya, hanya menghidangkan 25 mangkuk hidangan ramen setiap hari!

Jadi, dalam episod tersebut, penonton akan melihat cabaran yang dihadapi oleh Iman bagi memastikan dia sempat menikmati semangkuk ramen di situ sebelum ia habis dijual.

Pelbagai adegan lucu, cemas dan mengujakan dapat dilihat dalam rancangan berbentuk santai, namun terselit dengan elemen gaya hidup Islam ini.

Rancangan bersiri pendek yang ditayangkan pada 10 April itu boleh diikuti di saluran YouTube DOPS Tv pada setiap hari Rabu, 6 petang untuk tempoh enam minggu berikutnya.

Bagi mengikuti perkembangan lanjut mengenai ‘Food For Iman’, boleh melayari akaun Instagram DOPS TV; @dopstv atau saluran YouTube; @dopstv.

DOPS TV merupakan sebuah saluran gaya hidup Islam yang bertujuan memaparkan keindahan Islam menerusi program-program berkualiti, kandungan yang kreatif serta penyampaian yang bersesuaian dengan kehidupan masa kini dalam platform digital.

Tiga elemen utama yang diketengahkan adalah ilmu, wawasan dan inspirasi, yang digambarkan menerusi pelbagai program yang diterbitkan.

Foto: Saluran YouTube ‘dopstv’

 

Dalam setiap episod, penonton berpeluang untuk ‘mengikut’ Iman mencari tempat makan-tempat makan menarik yang menyediakan pelbagai makanan unik, menyelerakan, dan yang paling penting adalah halal di sekitar ibu kota.

Similar Articles

Apa Makanan Yang Perlu Elak di Waktu Malam?

By Rahayu Mat Nah
April 24, 2019

Nasi Memang Tak Salah, Tapi Ada 5 Makanan Pengganti Nasi

By Rahayu Mat Nah
April 10, 2019
Kandungan SalamToday boleh didapati dalam: