Filem Konsert BTS, BRING THE SOUL: THE MOVIE Temui Peminat 7 Ogos

Jun 28, 2019
By Nor Syariza Tahir

Filem terbaharu kumpulan Kpop terkenal, BTS, Bring The Soul: The Movie, disahkan bakal menemui para peminat di pawagam-pawagam berhampiran pada 7 Ogos ini.

Filem ketiga kumpulan yang popular di peringkat antarabangsa itu dikeluarkan susulan kejayaan Burn the Stage the Movie, pada tahun 2018 yang mencapai kutipan pecah panggung sebanyak $18.5 juta.

Ini diikuti dengan filem konsert Love Yourself in Seoul pada Januari tahun ini yang membawa kembali para peminat kepada memori konsert yang diadakan pada tahun sebelumnya.

Diarahkan oleh Park Jun Soo, Bring The Soul: The Movie memaparkan aksi BTS pada konsert terakhir Love Yourself jelajah Eropah, selepas ikon global itu telah mengadakan 24 konsert di 12 buah bandar.

Dari Seoul ke Paris, konsert jelajah itu dipenuhi dengan persembahan bertenaga dan memukau penonton.

Menariknya, pada hari selepas konsert terakhir di Paris, satu sesi after-party telah diadakan di sebuah rooftop di bandar tersebut, di mana BTS telah berkongsi cerita-cerita menarik yang tidak pernah diperdengarkan sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Trafalgar Releasing, Marc Allenby berkata, pihaknya amat teruja untuk sekali lagi berkolaborasi dengan Big Hit Entertainment untuk Bring The Soul: The Movie.

“Filem ini dapat memberi peluang kepada semua peminat BTS di seluruh dunia untuk melihat sendiri secara dekat band kegemaran mereka susulan siri jelajah Love Yourself.

“Para peminat BTS yang digelar ARMY adalah sebuah komuniti, dan kami teruja untuk membawakan kepada mereka pengalaman BTS di pawagam-pawagam berhampiran mereka,” ujarnya.

Bring The Soul: The Movie diterbitkan oleh Big Hit Entertainment / Camp Entertainment, dan diedarkan oleh Trafalgar Releasing.

Maklumat lanjut berkenaan tiket dan pawagam yang mengambil bahagian boleh didapati di www.BringTheSoulTheMovie.com.

 

Foto: Nusantara Seni Karya

 

 

 

 

Diarahkan oleh Park Jun Soo, BRING THE SOUL: THE MOVIE memaparkan aksi BTS pada konsert terakhir Love Yourself jelajah Eropah, selepas ikon global itu telah mengadakan 24 konsert di 12 buah bandar.

Similar Articles

Kim Jae Hwan Bakal Bertemu Peminat Di Malaysia

By Nor Syariza Tahir
Jun 11, 2019