Erra Fazira & Wany Hasrita Dilantik Sebagai Duta ASL Cosmetics

Julai 26, 2019
By Helmi Anuar

Dua figura popular dan jelitawan negara iaitu Erra Fazira dan Wany Hasrita telah dilantik sebagai duta produk kecantikan terbaru, ASL Cosmetics milik pasangan jutawan kosmetik No.1 di Malaysia iaitu Dato’ Seri Aliff Syukri  dan Datin Seri Nur Shahida.

ASL Cosmetics yang menggunakan ‘tagline’ Beauty Without Borders telah pun berada di pasaran sebulan yang lalu. Merangkumi 15 jenis produk kosmetik yang direka dan diformulasikan sendiri oleh Dato’ Seri Aliff dan Datin Seri Shahida, produk ini dijual dengan harga mampu milik tetapi dengan kualiti setaraf produk antarabangsa.

 

Antara produk kosmetik yang terdapat dibawah jenama ASL Cosmetics iadalah gincu, bedak asas, pemerah pipi, pembayang mata, pensil kening, maskara dan banyak lagi.

 

Bercakap mengenai pemilihan dua selebriti terkenal iaitu Erra Fazira dan Wany Hasrita sebagai duta, Dato’ Seri Aliff berkata kedua-dua selebriti itu mewakili dua jenis peringkat umur sasaran pengguna mereka. Erra Fazira mewakili wanita yang lebih dewasa, manakala Wany Hasrita pula merupakan wakil kepada wanita yang lebih muda.

“Tidak mudah untuk meyakinkan Erra Fazira menjadi wajah kepada ASL Cosmetics. Pada peringkat permulaan, kami memberinya mencuba produk ini tetapi beliau tidak berapa menggemarinya jadi kami terpaksa olah semula produk ini sehingga akhirnya beliau berpuas hati”, ujar Dato’ Seri Aliff Syukri.

 

Tahniah SalamToday ucapkan kepada Dato’ Seri Aliff Syukri di atas pelancaran produk kosmetik terbaru ini. Kami doakan semoga produk ini berjaya mendapat tempat di hati para pengguna.