Elizabeth Tan Lancar Produk Penjagaan Diri ‘Mandi’

April 11, 2019
By Helmi Anuar

Penyanyi serta pelakon popular Elizabeth Tan baru-baru ini telah melancarkan produk mandiannya sendiri yang diberi nama Mandi. Mandi direka khas oleh Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy ini untuk memberikan keselesaan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dengan wangian semerbak.

Dibuat untuk generasi baru yang inginkan perubahan, jenama Mandi hadir dengan rangkaian produk yang terdiri daripada ubat gigi pelbagai perisa unik dan gel mandian dengan pelbagai haruman mewah.

Jenama Mandi diambil daripada perkataan Bahasa Malaysia iaitu ‘mandi.’ Perkataan ‘mandi’ sengaja dipilih untuk mengekalkan ciri-ciri Malaysia dengan penuh rasa bangga. Pada masa yang sama, jenama ini mempunyai persamaan dengan nama antarabangsa, ‘Mandy’ yang bermaksud ‘berhak untuk dihargai’ yang dilihat bersesuaian dengan rangkaian produk ini yang direka khas sebagai peringatan bahawa anda berhak untuk disayangi setiap hari.

Hadir dengan perisa tersendiri seperti Cream Dream, Fresh Fresh Baby!, One In A Melon dan Sereni-Tea, rangkaian ubat gigi Mandi ternyata lain daripada ubat gigi yang sedia ada di pasaran. Kini memberus gigi bukan lagi perkara rutin yang membosankan! Setiap perisa nyata memberikan sensasi yang berbeza di dalam mulut anda setiap kali anda menggunakannya.

Rangkaian gel mandian pula hadir dalam tiga haruman premium seperti Velvet Dunes (aloe vera & ekstrak rumpai laut), Wild Cashmere (aloe vera & ekstrak lili putih) dan Aqua Duvet (aloe vera & ekstrak mentimun). Rekaan botol untuk gel mandian ini juga sangat unik dan funky!

Paling penting produk Mandi mendapat pengiktirafan sijil HALAL dan dihasilkan oleh AmLion – pengeluar terkenal Malaysia dengan pengiktirafan GMP, ISO 9001 : 2008, HACCP.

Ketika ini, rangkaian produk Mandi dipasarkan melalui media sosial dan dijual secara eksklusif di www.mandi.com.my dengan harga RM19.80 untuk ubat gigi (100 gram) dan RM39.80 untuk gel mandian (500ml).

Similar Articles