Elakkan Makanan Ini Ketika Sahur

Mei 3, 2019
By Helmi Anuar

Ramadan semakin menghampiri, namun rutin harian masih harus dilaksanakan. Bagi anda yang bekerja di bulan puasa, penting untuk mengambil makanan sahur yang tepat supaya membekalkan tenaga sepanjang hari.

Terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang harus anda elakkan ketika bersahur supaya tidak mudah lesu yang hilang tenaga di siang hari.

Berikut adalah senarai makanan dan minuman yang harus handa hindari jika mahu terus kekal bertenaga di bulan puasa ;

 

Kopi dan Teh  – Ya benar, jika anda penggemar kopi dan teh, harus kurangkan pengambilan minuman berkafein ini. Ini kerana kandungan kafein di dalam minuman ini akan membuatkan anda lebih kerap membuang air kecil dan akhirnya akan cepat berasa haus kerana kekurangan jumlah air dalam badan. Selain itu minuman ini juga boleh menyebabkan nafas anda berbau.

 

Air berkarbonat – Air berkarbonat memang mampu menghilangkan rasa dahaga dengan pantas. Namun kandungan gula yang tinggi di dalam air ini bakal membuatkan anda berasa lebih cepat haus selepas beberapa ketika diminum. Tambahan pula ia tidak bagus untuk diminum di awal pagi sewaktu perut kosong.

 

Coklat – Merupakan sumber tenaga yang enak dimakan kerana rasanya yang manis, berlemak dan pahit. Namun coklat merupakan makanan yang lambat untuk dicerna dan mampu membuatkan tubuh anda lesu.

 

Sambal – Sambal pastinya akan membuka selera anda untuk makan. Tetapi awas, mengambil sambal dalam kuantiti berlebihan akan membuatkan perut anda meragam dan kerap membuang air besar. Silap hari bulan boleh diserang cirit birit yang akhirnya akan membuatkan anda lemah dan lesu sepanjang hari.

 

Sayur Kangkung– Kangkung goreng belacan memang enak dimakan. Namun zat mineral kalium yang terdapat di dalam sayur ini akan menyebabkan tekanan darah berkurang sehingga membuatkan anda cepat berasa mengantuk.

 

Sumber : .idntimes.com

Foto : Nathan Dumlao, Unsplash

 

Similar Articles

Kekal Hidrat di Bulan Ramadan

By Rahayu Mat Nah
Mei 2, 2019

Nikmati Susu Tamar Origina Bulan Ramadan Ini

By Helmi Anuar
Mei 3, 2019

Sediakan Sate Ayam Semudah 1,2,3

By Shah Shamshiri
April 9, 2019

S Great Grain Dengan Lima Kandungan Makanan Sunnah

By Rahayu Mat Nah
April 29, 2019