“Ego Pernah Membunuh Saya” – Sham Visa

November 8, 2019
By Contributor

Penyanyi yang kembali berontak dalam rentak iaitu Sham Visa mengakui bahawa dirinya pernah larut dalam limpahan glamor suatu ketika dahulu.

Kini beliau kembali menjadi kegilaan peminat apabila membuat kemunculan semula di pentas Gegar Vaganza 6 selepas 15 tahun menyepi dari bidang seni.

Sepanjang tempoh itu, Sham menumpukan sepenuh perhatiannya kepada kerjaya di tengah lautan yang sememangnya jauh dari gemerlapan dunia hiburan.

Banyak kali tawaran untuk menyertai Gegar Vaganza singgah kepadanya, namun jelas penyanyi berusia 48 tahun ini, pada ketika itu dirinya belum bersedia.

Malah beliau juga semakin menikmati kehidupan yang hampir bebas sepenuhnya daripada menjadi tumpuan umum.

Ditanya adakah beliau gentar dengan dunia glamor, katanya beliau sudah puas merasai semua itu ketika namanya berada di puncak satu ketika dahulu.

I’ve been there done that. Dulu mungkin saya trauma dengan ‘limelight’ dan ‘fame’. Mungkin menjadikan saya orang yang tidak baik atau lupa diri.”

“Ego pernah membunuh saya. It is not a good thing. Kali ini jika saya nak buat saya akan pastikan perkara itu tidak berlaku lagi.”

Dengan peralihan zaman serta kepantasan teknologi masa kini, cabaran yang harus dilalui oleh seseorang yang bergelar artis juga sangat menguji mental dan fizikal.

Ditanya sama ada mampukah dirinya menghadapi situasi ini, kata Sham dia bertuah kerana memiliki pihak pengurusan yang baik iaitu Mind Order.

Mind Order adalah kekuatan saya. Saya tidak akan mampu untuk buat benda ni seorang diri. Mereka banyak membantu saya terutamanya dari segi penggunaan media sosial”.

 

Artikel : Helmi Anuar
Gambar : Neon Pixel Official

Kandungan SalamToday boleh didapati dalam: