Dua Video Berbeza Untuk ‘Hello’ Andi Bernadee & Ismail Izzani

Disember 2, 2019
By Ili Farhana

Kolaborasi terbaru di antara Warner Music Malaysia  dan World Peace Entertainment telah menghasilkan ‘Hello’ nyanyian Andi Bernadee bersama Ismail Izzani. ‘Hello’ merupakan kolaborasi buat pertama kali di antara Andi Bernadee dan Ismail Izzani.

Single ‘Hello’ ini merupakan lagu yang mempunyai mesej yang tersendiri namun, ‘Hello’ boleh di intrepretasi mengikut kefahaman pendengar dan juga peminat.

Yang menariknya, untuk pertama kali di dalam industri muzik, dua video muzik telah dihasilkan untuk single ‘Hello’ ini untuk dua saluran Youtube yang berbeza, iaitu Warner Music Malaysia dan World Peace Entertainment.

Vidoe muzik ‘Hello’ mengisahkan tentang kes pembunuhan yang dilakukan oleh pembunuh bersiri. Dua muzik video ini sebenarnya mewakili dua perspektif yang berbeza. Kedua-dua muzik video ini mengandungi petunjuk-petunjuk untuk penonton mencari jawapan kepada kes pembunuhan tersebut.

Dalam video muzik ini tidak akan dinyatakan siapa pembunuh bersiri tersebut. Identiti pembunuhnya hanya akan dibongkarkan di platform media sosial selepas kedua-kedua muzik video mencecah 1 juta tontonan.

Video muzik ini turut menampilkan pelakon Jay Iswazir serta kameo oleh Naim Daniel, Daniesh Suffian, Anna Jobling, Didi Astillah dan Fatin Afeqah.

Istimewa untuk peminat-peminat Andi Bernadee dan Ismail Izzani, single ‘Hello’ telah dilancarkan pada 15 November lepas dan boleh didapati di semua pelantar digital  seperti Spotify, Apple Music, dan juga JOOX.

Video muzik ‘Hello’ boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia dan World Peace Entertainment bermula 2 Disember, jam 8.00 malam.

 

Similar Articles

‘Hello’ Dari Andi Bernadee dan Ismail Izzani

By Shah Shamshiri
November 29, 2019

‘Cinta’ Baharu Ismail Izzani

By Nor Syariza Tahir
Julai 29, 2019

‘Waktu’ Buat Aizat Amdan Berdendang Lagi

By Ili Farhana
November 27, 2019

Sissy Imann Kembali Dengan ‘Sudahlah (Meow)’

By Shah Shamshiri
November 26, 2019
Kandungan SalamToday boleh didapati dalam: