Dr.Irma Skincare Perkenal Wangian Sempena Syawal

Mei 3, 2019
By Rahayu Mat Nah

Dr. Irma Skincare baru-baru ini telah melancarkan produk terbaru sempena menyambut kedatangan Syawal 2019. Jika sebelum ini jenama yang diasaskan oleh seorang doktor gigi ini menumpukan kepada produk penjagaan wajah, kali ini Dr. Irma Skincare melancarkan wangian eksklusif.

Berbeza dengan jenama wangian tempatan yang lain, wangian Eau De Perfume (EDP) ini tampil unik dengan ciri istimewa iaitu pemakaiannya mampu kekal sehingga 24 jam. Malah,  ia juga boleh bertukar bau serta boleh dicampur bersama untuk menghasilkan bau yang lebih menarik dan bersifat individu.

Terdapat dua jenis haruman untuk dipilih— Daydream dan Dreamcatcher. Daydream membawa ciri-ciri floral yang sesuai untuk wanita yang bercita-cita tinggi, penuh kelembutan dan kejujuran.

Sementara Dreamcatcher pula menampilkan haruman buah-buahan yang disulami dengan bau vanila yang mencerminkan kesungguhan dan kemanisan mengejar impian dalam mengekalkan kelembutan dan keaslian diri.

Kedua-dua wangian ini dipakej dalam botol kaca hitam dan emas bersaiz 30 ml yang mudah untuk dibawa ke mana-mana. Setiap botol berharga RM49.90 dan boleh didapati di butik Dr. Irma Skincare [email protected] Johor Bahru dan juga secara online di www.drirma.com.my

Kredit foto : Dr.Irma Official