Dapatkan Kulit Bersinar Dengan L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence

September 6, 2019
By Rahayu Mat Nah

L’Oréal Paris baru-baru ini memperkenalkan L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence yang serba baharu, revolusi penjagaan kulit yang dikuasai oleh teknologi mikro, membolehkannya menembusi sehingga 10 lapisan kulit .

Menggabungkan bahan aktif yang mencerahkan dan bahan pembaikan kulit yang kuat, iaitu Centella Asiatica, pengguna dijamin akan mendapat kulit yang berseri dan nampak berkilauan umpama kristal dengan penggunaan pertama.

“Wanita yang yakin adalah wanita yang benar terhadap diri sendiri. Satu cara terbaik untuk menampilkan keyakinan diri adalah dengan memiliki kulit yang sihat dan berseri.”

“Saya yakin, jika anda mula menjaga diri,  anda pasti akan mengalami perubahan yang indah pada diri sendiri.”

“Bersama L’Oreal Paris, anda boleh meraikan kecantikan dan keunikan anda dengan kulit yang bersinar umpama kristal,” ujar Pengarah Pemasaran L’Oréal Paris untuk Bahagian Produk Pengguna,  Marina Khong ketika majlis pelancaran.

L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence yang serba baharu ini diperkaya dengan 92% ekstrak Centella tulen, yang berasal dari Centella Asiatica, tumbuhan yang tumbuh di kawasan tanah lembap Asia.

Centella Asiatica mempunyai kepekatan tinggi flavonoid, triterpenic steroid, asid amino, dan gula, kombinasi yang menawarkan pelbagai manfaat kepada kulit untuk memperbaiki dan meningkatkan keanjalan kulit.

Ciri-ciri anti-oksidatif kuat tumbuhan telah digunakan untuk merawat parut jerawat dan mengurangkan kekeringan kulit.

Sebagai tambahan kepada Centella Asiatica, setiap titisan penyulingan kulit juga mengandungi bahan aktif mencerahkan kulit, seperti Salicylic Acid dan HEPES untuk mengelupas kulit secara sederhana, menghaluskan pori, memperbaiki tekstur kulit dan mempercepatkan pembaharuan kulit.

“Dengan penggunaan Crystal Micro-Essence yang kerap, wanita akan mempunyai kulit yang halus, lembap dan bermaya, berkilauan umpama kristal,” tambah Marina lagi.

Kini, wanita boleh menampilkan keyakinan diri mereka bersinar dan berseri, kulit yang halus, dan berkilauan, dengan L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence.

Keberkesanan produk ini turut diakui oleh aktres dan model Siti Saleha yang sudah lama menggunakan rangkaian produk L’Oréal Paris Revitalift.

“Saya menggunakan rangkaian L’Oréal Paris Revitalift pada setiap hari. Dengan gaya hidup saya yang sibuk dan mempunyai waktu kerja yang tidak menentu, saya memang memerlukan produk yang boleh merawat kulit wajah saya agar kelihatan segar, bermaya dan berseri.

Selepas menggunakan Revitalift Crystal Micro-Essence baharu ini saya tidak perlu bimbang lagi tentang masalah kulit tidak bermaya atau garis- garis halus pada kulit.

Saya boleh katakan bahawa Revitalift Crystal Micro-Essence baharu ini sungguh sesuai dan berkesan untuk kulit saya, sekaligus ia telah meningkatkan keyakinan diri saya,” ujar Siti Saleha.

L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence kini boleh didapati di farmasi dan kedai runcit utama di seluruh negara dalam dua saiz – 65ml pada harga RM49.90; dan 130ml pada harga RM79.90.

Similar Articles