Chatime Bakal Perkenal Aiskrim Edisi Neelofa

Jun 27, 2019
By Helmi Anuar

Jenama minuman terkenal Chatime bakal memperkenalkan aiskrim istimewa edisi Neelofa tidak lama lagi. Berita tentang kolaborasi ini telah dikongsi oleh Chatime di laman rasmi akaun media sosial mereka.

Aiskrim yang bakal diperkenalkan itu terdiri dari perisa asli teh susu bersama gula perang dan juga ‘pearls’ yang sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Sebelum ini, Neelofa juga berkolaborasi bersama Chatime untuk membuka cawangan kafe ‘signature’ iaitu kafe istimewa yang menawarkan makanan dan minuman buat pertama kalinya di Malaysia.

Ramai peminat Chatime sudah tidak sabar untuk mencuba aiskrim istimewa edisi Neelofa itu berdasarkan komen-komen yang ditinggalkan di akaun rasmi media sosial Chatime.

SalamToday juga tidak sabar rasanya untuk merasa edisi istimewa itu nanti. Tahniah diucapkan kepada Chatime dan juga Neelofa di atas kolaborasi ini.

 

Sumber : Instagram Chatime Malaysia