Cara Mudah Tonton Dua Anugerah K-Pop Terbesar 2019!

November 28, 2019
By Ili Farhana

Berita baik untuk para peminat K-Pop! Kami yakin anda semua pasti tidak sabar untuk menonton dua anugerah besar K-Pop tidak lama lagi. Anugerah Muzik Melon (MMA) dan Mnet Asia Music Awards (MAMA) 2019 adalah dua anugerah yang cukup berprestij dan selalu mengumpulkan nama-nama paling besar muzik Korea Selatan.

Tahun ini, aplikasi muzik ternama JOOX akan menyiarkan kedua-dua anugerah muzik ini khas untuk para penggunanya.

Ini adalah siaran MMA untuk tahun kelima berturut-turut (eksklusif untuk pengguna JOOX) dan MAMA 2019 untuk tahun keempat berturut-turut.

Ia sekaligus menonjolkan komitmen JOOX untuk menawarkan perjalanan muzik bernilai kepada pengguna dengan menyediakan  pengalaman hiburan muzik yang berbeza dan memberi peminat K-Pop berpeluang untuk menari, bergembira dan bersorak di rumah mereka sendiri. Memang rasa seperti betul-betul di hadapan idola mereka.

 

MMA 2019

Artis-artis K-Pop kegemaran anda akan menggegarkan Gocheok Sky Dome pada 30 November untuk anugerah yang satu ini. Barisan penghibur pada acara ini termasuklah  BTS, MAMAMOO, JANNABI, ChungHa and Heize! Livestream ekslusif acara anugerah ini boleh ditonton oleh pengguna JOOX di telefon bimbit, komputer, atau “video on demand”. Khabarnya kumpulan BTS akan memberikan sebuah persembahan yang cukup luar biasa nanti.  MMA 2019 akan disiarkan pada 30 November 2019 pada jam 6 petang (waktu Malaysia).

 

MAMA 2019

Saksikan aksi muzik paling hangat dari Korea Selatan  di Nagoya Dome, Jepun pada 4 Disember! MAMA ke-11 ini tampil dengan konsep “The Next DIMENSION: MUSIC”. Nama-nama hebat yang akan menggegarkan panggung tahun ini termasuklah  BTS, GOT7, TWICE, MAMAMOO, Monsta X, ChungHa, Seventeen, dan juga Dua Lipa yang pernah membuat persembahan bersama BLACKPINK tahun lepas! MAMA 2019 akan disiarkan pada 4 Disember 2019, pada jam 6 petang (waktu Malaysia).

 

Kandungan SalamToday boleh didapati dalam: