Cara Mudah Masak Lemang Di Rumah Tanpa Perlu Bakar

Jun 12, 2019
By Helmi Anuar

Bagi anda yang merancang untuk menganjurkan rumah terbuka, dan tercari-cari di mana nak beli lemang, jangan risau kini anda boleh buat lemang sendiri di rumah tanpa menggunakan buluh dan membakar.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Otomen Slumber, dia telah berkongsi cara-cara membuat lemang hanya dengan menggunakan cawan kertas dan periuk kukus.

Bahan-bahannya 

Beras pulut
Santan
Daun pisang
Cawan kertas
Garam

Cara-cara penyediaan :

– Basuh beras pulut dan toskan sehingga kering
– Masukkan daun pisang ke dalam cawan kertas
– Masukkan 3/4 cawan beras pulut
– Perasakan santan dengan garam dan masukkan ke beras pulut tadi
– Masukkan ke dalam periuk kukus
– Kukus selama 2 – 3 jam
– Pastikan lemang sejuk dahulu baru di potong

Saksikan video tutorial di sini ;

Posted by Otomen Slumber on Tuesday, June 26, 2018

 

Wah tak sangka begitu mudah untuk memasak lemang di rumah. Bagi anda yang tidak mahu menggunakan cawan kertas, boleh juga diganti menggunakan tin minuman. Jangan lupa untuk mencuba ya!

Sumber : Facebook Otomen Slumber