Bokitta Melancarkan ‘TAJ’ Hijab Tanpa Pin Terkini

April 14, 2019
By Ili Farhana

Jenama hijab dan pakaian antarabangsa Bokitta baru-baru ini telah melancarkan ‘TAJ,’ hijab lilit tanpa pin terkininya. Pelancaran ini juga diadakan sekaligus dengan majlis pembukaan kedai konsep Bokitta yang terbaharu di pusat membeli-belah Alamanda, Putrajaya.

Rekaan TAJ didatangkan dalam dua saiz berbeza iaitu TAJ dan TAJ MAXI yang lebih labuh. Hijab polos dengan bahan chiffon crepe ringan ini boleh didapati dalam enam variasi warna dan didatangkan bersama anak tudung yang diperbuat seratus peratus daripada kapas.

Pelancaran TAJ secara langsung meletakkan Bokitta di hadapan para pesaingnya dengan menawarkan hijab yang boleh dipakai segera, sesuai untuk semua bentuk muka dan boleh digayakan dengan sekurang-kurangnya lima gaya yang berbeza.

Bokitta diasaskan di  Beirut, Lubnan pada tahun 2009 dan diinspirasikan oleh wanita berhijab yang aktif. Ia adalah jenama pakaian pertama yang menawarkan Hijab Lilit Segera Tanpa Pin. Setelah memperkenalkan rekaan ‘Voila’ pada tahun 2010, Bokitta dianugerahkan paten oleh Organisasi Harta Intelek Sedunia (WIPO) yang diiktiraf oleh 144 negara di seluruh dunia.

Bokitta mempunyai jaringan pengedar dan francaisi di seluruh Malaysia yang beroperasi di lebih 20 butik, kedai konsep serta kaunter-kaunter di pusat membeli-belah ternama seperti NU Sentral dan Mid Valley Megamall. Rangkaian hijab Bokitta juga boleh dibeli melalui laman Shopee.com.my .

Similar Articles

Fesyen Modest Kian Menguasai Pasaran Fesyen Dunia

By Helmi Anuar
April 14, 2019

Neelofa Hadiri Minggu Fesyen Antarabangsa

By Shah Shamshiri
Mac 1, 2019