Big Stage 2019 Disertai Bintang Antarabangsa

Ogos 16, 2019
By Helmi Anuar

Program hiburan Big Stage iaitu pertandingan nyanyian yang mengetengahkan penyanyi-penyanyi baru ataupun Budak Baru Nak Up (BBNU) kembali untuk musim yang kedua.

Apa yang lebih menarik tentang musim kedua ini ialah ia turut disertai oleh peserta antarabangsa seperti Korea Selatan, Thailand, Brunei dan Indonesia.

Musim kedua juga bakal menyaksikan persaingan sengit di antara 12 bintang BBNU yang terdiri daripada enam bintang lelaki dan enam bintang wanita di pentas utama selama lapan minggu.

Penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza masih dikekalkan sebagai juri tetap. Istimewanya ini, beliau akan ditemani juri yang diterbangkan khas dari Indonesia iaitu penyanyi Cakra Khan dan Judika.

Pengacara Big Stage musim pertama iaitu Alif Satar dan Sherry AlHadad turut dikekalkan buat musim terbaru ini.

Konsert Big Stage yang pertama akan mula bersiaran secara langsung pada 18 Ogos 2019 bermula jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.

Berikut adalah senarai peserta-peserta Big Stage 2019 ;

Bintang Lelaki

1. Adzrin, 19, Malaysia

2. Aziz Harun, 21, Brunei

3. Han-Byul,29, Korea Selatan

4. Irfan Haris, 18, Malaysia

5. kucaimars, 22, Malaysia

6. Santesh, 31, Malaysia

Bintang Wanita 

1. Chaleeda, 18, Thailand

2. Dinda Permata, 27, Indonesia

3. Fieya Julia, 20, Malaysia

4. Neets , 25, Malaysia

5. Sheryl Shazwanie, 22, Malaysia

6. Syada Amzah, 21, Malaysia