Bergaya Dengan Busana Lace Pada Harga Mampu Milik

Mei 9, 2019
By Nor Syariza Tahir

Adakah anda ingin tampil bergaya bagaikan selebriti pada hari raya Aidilfitri, namun mempunyai bajet yang terhad?

Usah khuatir kerana kini anda boleh memiliki busana-busana yang indah dengan kualiti setanding jenama-jenama premium pada harga mampu milik di rangkaian pasar raya besar Mydin.

Menampilkan koleksi jenama Mikhail dan Mikayla yang merupakan jenama Mydin sendiri, rekaan tahun ini mengetengahkan kain renda (lace) sebagai tema utama.

“Kami sentiasa mengikuti trend semasa dalam fesyen pakaian raya, dan mendapati tahun ini, busana berkain renda menjadi kegemaran kaum wanita.

“Justeru itu, koleksi Mikayla mengetengahkan seleksi baju kurung, top dan kebaya yang mempunyai hiasan renda pada harga mampu milik, iaitu  antara RM129 hingga RM199 sahaja,” ujar Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd., Datuk Dr. Ameer Ali Mydin.

Selain koleksi untuk wanita, koleksi untuk lelaki, Mikhail pula mengetengahkan pelbagai pilihan baju melayu tradisional serta kurta yang boleh dijadikan pilihan untuk gaya mix and match.

Ia memberi pilihan kepada golongan muda yang lebih gemar untuk memadankan kurta dengan seluar jeans.

Sementara itu, bagi ibu bapa yang ingin tampil sedondon dengan anak-anak pula, mereka kini tidak perlu lagi menempah baju yang sama kerana ia turut boleh didapati di Mydin.

Jadi, bagi ibu bapa yang mungkin membeli-belah pada saat-saat akhir, mereka masih berpeluang untuk tampil bergaya sedondon sekeluarga pada pagi raya.

Harga bagi pakaian untuk wanita bermula daripada RM50 untuk kurung cotton, dan daripada RM129 kepada RM199 untuk busana lace.

Manakala untuk baju melayu dan kurta pula, harga bermula daripada RM39 hingga RM99.

 

Foto: Mydin

Menampilkan koleksi jenama Mikhail dan Mikayla yang merupakan jenama Mydin sendiri, rekaan tahun ini mengetengahkan kain renda (lace) sebagai tema utama.

Similar Articles

Bokitta Melancarkan ‘TAJ’ Hijab Tanpa Pin Terkini

By Ili Farhana
April 14, 2019

Eksperimentasi Rekaan Art Deco Siti Nurhaliza

By Nor Syariza Tahir
Mei 5, 2019

Fesyen Modest Kian Menguasai Pasaran Fesyen Dunia

By Helmi Anuar
April 14, 2019

Kolaborasi Elfira Loy Bersama Jenama MC Vogue

By Helmi Anuar
April 25, 2019

Koleksi Ramadan Rico Rinaldi 2019

By Helmi Anuar
Mei 6, 2019