Bergaya Bersama Floraya ARIANI RTW Lebaran Ini

Mei 15, 2019
By Helmi Anuar

Jenama lokal terkenal Ariani RTW tahun ini sekali lagi mempersembahkanĀ  koleksi sempena Lebaran 2019 dengan bertemakan konsep Floraya.

70 koleksi disediakan buat pelanggan yang ingin tampil cantik menawan sepanjang Aildilfitri ini yang terdiri daripada kurung moden polos, kurung moden bercetak dan jubah.




Menerusi koleksi ini, kesemua rekaan mengagkat seni cetakan dalam nuansa pastel dan vibrant yang menyerlahkan lagi sisi kewanitaan para pelanggan Ariani tatkala menyambut Aidilfitri dan berkunjung ke rumah terbuka.

Koleksi ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan penampilan yang minimal tetapi masih kelihatan bergaya di hari Lebaran.




Menariknya tahun ini Ariani RTW turut memperkenalkan 14 rekaan khusus untuk kanak-kanak yang berusia dari satu hingga 12 tahun bagi membolehkan ibu dan anak bergaya sedondon dihari raya. Bukan itu sahaja, Ariani RTW turut menghasilkan koleksi plus size atas permintaan pelanggan.

Bagi anda yang ingin mendapatkan koleksi terbaru daripada Ariani RTW ini, anda boleh berkunjung ke Geleri Ariani RTW yang berhampiran ataupun anda boleh membeli secara atas talian.

 

Foto : Facebook Ariani RTW

Similar Articles