Aura White Perkenal Duta & Produk Terbaru

Julai 22, 2019
By Helmi Anuar
cosmetics

Jenama produk kecantikan terkenal iaitu Aura White telah melancar dua lagi produk terbaru keluaran mereka iaitu Aurawhite Sparkle Diamond Skincare dan juga Aurawhite Sparkle Diamond Collagen Travel Pack.

Apa yang lebih penting, produk-produk ini menggunakan bahan-bahan yang diiktiraf Halal oleh JAKIM dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Set penjagaan wajah ini menggunakan bahan-bahan semula jadi  berkualiti tinggi yang diperkaya dengan Vitamin C, E, Whitenol, Niacinamide dan partikel berlian yang telah diuji secara klinikal mambantu 10 kali ganda pencerahan. Ianya juga sesuai untuk semua jenis masalah kulit dan akan membantu melembab, mengatasi masalah penuaan, mengecilkan liang pori, mengurangkan minyak, mengecutkan jerawat serta memudarkan jeragat.

Aura White turut menampilkan kelainan dengan melancarkan Aurawhite Sparkle Diamond Kolagen Travel pack dengan bungkusannya yang ringkas dan mudah dibawa ke mana sahaja.

 

Pada kali ini juga, Aura White turut menampilkan duta terbaru mereka iaitu pelakon terkenal Fasha Sandha mewakili Aurawhite Sparkle Diamond Skincare. Manakala duta untuk Aurawhite Sparkle Diamond Collagen Travel Pack pula ialah Ayda Jebat yang sudah lima tahun bersama keluarga Aura White.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rangkaian produk Aura White, anda boleh layari laman sesawang rasmi mereka di www.aurawhite2u.com

 

Foto : Instagram Aura White Official