Anzalna Nasir Dipilih Sebagai Duta OMMEY

Mei 15, 2019
By Shah Shamshiri

MISB Resources Sdn Bhd hari ini mengumumkan pelancaran jenama dan rangkaian produk bayi OMMEY bersempena pelantikan pelakon Anzalna Nasir sebagai duta eksklusif jenama produk NR baru-baru ini. Set OMMEY bukan hanya melibatkan produk berkaitan penjagaan kesihatan bayi, malah barangan kelengkapan meliputi gel mandian, gel lampin dan pencuci botol.

 Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Hidzir Tan Sri Dato Syed Agil Barakbah, pelancaran rangkaian produk penjagaan bayi NR dengan jenama OMMEY bertepatan dengan pelantikan Anzalna sebagai Duta Eksklusif NR dan merupkan hadiah istimewa yang anugerahkan kepada bayi yang bakal dilahirkan. Untuk makluman, OMMEY merupakan produk penjagaan bayi yang julung-julung kali dihasilkan dengan formula terbaru hasil kajian dan analisis melalui bahan aktif formulasi dari Jepun. OMMEY telah dihasilkan melalui “Strict R & D process” dimana ianya melibatkan sembilan jenis bahan semulajadi yang berfungsi dalam menjaga dan melindungi kulit bayi secara lembut dan berkesan.

Tambah beliau, “OMMEY telah mendapat kelulusan pensijilan daripada National Pharmaceutical Regulations Agency di bawah Kementerian Kesihatan, Ecocert dan BP Food Environmental Testing. 99% kandungan bahan aktif OMMEY diformulasikan daripada bahan-bahan semulajadi tanpa campuran bahan kimia berbahaya dan toksik dan sangat sesuai untuk kulit bayi tanpa alergi dan iritasi yang boleh membahayakan kesihatan”.

 

Katanya, “MISB Sdn Bhd sangat komited untuk berkongsi dengan pengguna hanya produk terbaik dan berkualiti kepada bayi yang baru dilahirkan dan ibu bapa tidak lagi perlu rasa was-was untuk menggunakan produk bersih, suci dan halal di bawah jenama NR”.

“Lebih-lebih lagi, para pengguna kini berpeluang menikmati penjimatan hebat dan berbaloi dengan setiap pembelian Rangkaian Herbanika Bersalin NR yang kini boleh didapati terus di pejabat pemasaran MISB Resources Sdn.Bhd beralamat di C-6-5, Plaza Damas, Hartamas, Kuala Lumpur di samping belian terus ke nombor whatsapp Khidmat Pelanggan MISB Resources Sdn.Bhd di +6018 261 4727, serta di hampir semua rangkaian toko dan kedai jamu berdaftar,” tambah Syed Hidzir.

Sebagai duta yang dilantik 25 Mac lalu, Anzalna akan menggunakan pelbagai variasi produk termasuk Rangkaian Herbanika Bersalin NR,  set  bersalin yang disediakan hasil rumusan tradisional untuk sesi berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan dalaman. Ramuan turun temurun yang berasaskan herba asli daripada hutan hujan tropika itu diproses melalui penggunaan mesin moden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISB merupakan syarikat unggul pertama di Malaysia yang mengeluarkan rangkaian herba tradisi turun-temurun yang telah pun bertapak selama 30 tahun, melalui rangkaian produk terkenal seperti Set Herbaneka Bersalin NR, Minyak Berubat NR, Phytonatal NR dan Akar Herbaneka NR.

Kandungan SalamToday boleh didapati dalam: