Amir Hasan “Tunggu” Sweet Qismina Dalam Video Muzik GYKT

April 10, 2019
By Nor Syariza Tahir

Selepas muncul dengan single pertama yang berjudul ‘Bicaramu’ pada tahun lalu, penyanyi muda yang semakin meningkat naik, Amir Hasan kini tampil dengan single keduanya yang bertajuk ‘Gadis Yang Ku Tunggu’ atau ‘GYKT.’

Dicipta oleh penyanyi dan komposer terkenal Aizat Amdan bersama Mel Ramlan, lagu ini berkisarkan tentang seorang gadis yang bakal menjadi jodoh seseorang, namun masih tidak tahu siapakah gerangan orangnya.

Dengan menampilkan Sweet Qismina sebagai watak utama, video muzik rasmi ‘GYKT’ arahan Adriana Tunku ini membawakan plot cerita pasangan yang berada dalam dua dunia berbeza dan sedang melalui fasa perhubungan jarak jauh.

Kuntuman bunga yang terdapat dalam video muzik ini pula digambarkan sebagai tanda cinta mereka berdua.

Selain itu, video muzik ini juga ingin menunjukkan bahawa walau beribu batu jaraknya atau bertahun lamanya, seandainya pasangan itu telah dijodohkan, mereka akan tetap mencari jalan untuk bersatu.

‘GYKT’ merupakan single terbitan Warner Music Malaysia dan boleh didengari di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer serta iTunes bermula 8 Mac 2019.

Manakala video muzik rasmi ‘GYKT’ pula sudah boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia sejak 4 April yang lepas.

Menyingkap sedikit di sebalik perjalanan karier seni jejaka kacak yang bernama Amir Hasan, 23, namanya mula meniti di bibir peminat seni muzik tanah air selepas videonya yang sedang menyanyikan lagu ‘Akad’ dendangan asal Payung Teduh di sebuah kedai rokok elektronik menjadi tular di media sosial.

Similar Articles

‘Meluruh’ Kisah Kehidupan Alyah

By Nor Syariza Tahir
April 19, 2019

Hafiz Papar Kisah Cinta Teragung Dalam Video Muzik

By Nor Syariza Tahir
April 22, 2019

Kucaimars Jawab Persoalan Dalam Video Muzik

By Nor Syariza Tahir
April 11, 2019