Ameerais (Forteen) Tampil Dengan Single Solo

September 11, 2019
By Helmi Anuar

Selepas Izzue Islam, seorang lagi anggota kumpulan Forteen iaitu Ameerais memberanikan diri untuk tampil dengan single solo.

Ameerais telah melancarkan single terbarunya yang berjudul ‘Sudahlah’ bergandingan bersama Denny Mojo sebagai gitaris. Denny juga merupakan penerbit untuk lagu yang bergenre rock ini.

Lagu dan lirik hasil ciptaan Merah Biru ini menceritakan tentang kebahagiaan yang dikhianati oleh pasangan dalam bercinta. Perasaan sayang dan cinta yang di sia-siakan yang akhirnya menjadi kelukaan. Kesakitan yang menyeksakan itu telah membuatkan lelaki ini memilih untuk pergi meninggalkan pasangannya itu.

Bagi peminat yang menantikan perkembangan Ameerais, anda boleh dengarkan lagu ‘Sudahlah’ di semua platform digital muzik bermula 6 September ini.

Ameerais turut berharap lagu ‘Sudahlah’ ini akan mendapat tempat di hati para pendengar dan terus menyokongnya dalam industri muzik.

Similar Articles