AMAZE Mahu Hadiahkan Busana Percuma Kepada Pengikut Instagram

Jun 24, 2019
By Helmi Anuar

Jenama fesyen dari pereka duo yang semakin meningkat naik iaitu Amaze baru-baru ini telah menawarkan rekaan kurung ekslusif dari rumah fesyen mereka untuk diberikan kepada pengikut akaun Instagram rasmi mereka.

Ianya dilakukan sempena dengan tercapainya pengikut Instagram rasmi mereka seramai 60,000 pengikut. Tulis mereka di kapsyen, sudah terdetik di hati mereka jika angka pengikut Amaze menginjak ke angka 60,000 maka mereka akan hadiahkan sesuatu yang istimewa buat penyokong tegar mereka selama ini.

View this post on Instagram

Thank you followers! Terdetik dalam benak hati ini, jikalau pengikut Amazé menginjak ke angka 60,000, maka akan kami hadiahkan sesuatu yang istimewa kepada penyokong tegar kami selama ini. Hari ini, tercapai sudah sasaran Amazé. Maka dengan ini, seikhlas hatinya kami menawarkan sepasang KURUNG KEMILAU kepada seorang penyokong bertuah Amazé, secara PERCUMA. Untuk memenangi sepasang persalinan ini, anda perlu mematuhi syarat-syarat seperti berikut; 1. ‘follow’ Amazé di Instagram 2. ‘tag’ 5 kawan anda di ‘posting’ ini. 3. ‘repost’ ‘posting’ ini di akaun Instagram sendiri, beserta ‘caption’ yang paling menarik. 4. paling penting, jangan lupa ‘hashtag’ #kurungkemilauAMAZE 5. Pasti kan ig anda bukan ‘private’ ya. Seorang pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan kreativiti ‘caption’ nya. Tarikh tutup pada 1 Julai 2019 dan keputusan akan diumumkan pada 10hb Julai 2019 ini, di ‘posting’ Instagram Amazé. Itu sahaja. Mudah bukan? ‘Now start hashtagging!’ . . . . . . #AMAZÉ #beboldinAmazé #leaveordinarytoothers #bukanbusanabiasa #biarbusanaberbicara #amazeatelier #amazeisamazing #etherealbeauty #fitforaqueen #onlyinamaze #loveyourwork #workwithlove #fullpassion #workwithlove #fullpassion #amazebrides #amazeweddings #handmadebeadswork #wedding #solemnization #reception #bridesmaids #weddingmalaysia #weddingdresses #malaysiawedding #singaporewedding #bruneiwedding #bridal #fashion2018 #fashion2019

A post shared by AMAZÉ Pronounced “a:ma:zei” (@amaze_official_) on

Mereka turut meletakkan syarat-syarat penyertaan bagi mereka yang ingin memiliki rekaan ‘Kurung Kemilau’ yang sangat cantik.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Julai 2019 dan pemenang yang bertuah akan diumumkan pada 10 Julai 2019. Penyertaan ini tidak terbuka kepada perempuan sahaja. Maknanya lelaki juga berpeluang untuk menang. Bolehlah dijadikan hadiah kepada insan tersayang.

Apa lagi anda tunggu, inilah masanya untuk anda menyrung busana indah ini secara percuma. Akhirnya impian anda untuk menyarung rekaan Amaze bakal menjadi kenyataan dan bukan lagi sekadar fantasi.