Alif Satar – Lelaki Idaman Malaya

Jun 16, 2019
By Helmi Anuar

Buat pertama kalinya SalamToday tampilkan seorang jejaka sebagai Wajah Salam bersempena dengan Hari Bapa. Lantas nama Alif Satar menjadi pilihan utama kami untuk diabadikan sebagai our first cover guy! 

Alif punya rekod yang sangat cemerlang dalam industri hiburan negara. Berimej bersih serta kalis kontroversi. Sepanjang bergelar selebriti sejak dari tahun 2006, finalis pertandingan realiti  One In A Million (OIAM) ini tidak pernah terpalit dengan gosip liar.

Lagu-lagunya sentiasa menjadi siulan ramai, drama lakonannya juga mendapat rating yang tinggi seperti Dia Semanis Honey, Red Velvet, dan yang terbaru Pia . Malah bakatnya dalam bidang pengacaraan juga berjaya meletakkan Alif Satar di pentas mega seperti Anugerah Juara Lagu, Akademi Fantasia dan Big Stage. Malah ketika penggambaran ini berlangsung, lagu duetnya bersama kumpulan Raihan iaitu ‘Sesungguhnya’ sedang tular dan kembali menjadi siulan masyarakat.

“Saya tidak pernah terfikir saya akan berada di mana saya berada sekarang. But somehow at the back of my head, I knew I was going to  make it because I wouldn’t let myself down. I don’t think about failure. I know that by hook or by crook I have to finish what I started and achieve certain achievements dalam industri.

Saya bermula pada umur yang sangat muda iaitu 16 tahun. Dan pada ketika itu saya perlu berentap bersama Faizal Tahir dan Suki untuk merebut hadiah wang tunai bernilai RM 1 juta. Pada waktu itu I just wanted the money! But it was a jump start for me.

Selepas tamat OIAM, ibu bapa saya beri saya tempoh lima tahun. Jika saya tidak berjaya saya perlu lanjutkan pelajaran saya atau cuba benda lain. But at the age of 19, I hit my first million because of the song ‘Jangan Nakal.’ Sewaktu lagu itu keluar, the song was just too far ahead. Walaupun lagu itu viral dan jumlah muat turun sangat tinggi, tapi orang muzik tidak berapa gemar dengan genre yang saya bawakan. Tetapi sekarang, ramai pula penyanyi yang keluarkan lagu yang catchy seperti itu.

Sebenarnya selepas lagu ‘ Nakal’ keluar, I thought I’ll be  just a one hit wonder kind of singer. Tetapi lagu saya selepas itu iaitu ‘Cukup Indah’ menjadi lagu yang paling laris di muat turun untuk caller ringtone. Selepas itu keluar pula lagu ‘Lelaki Seperti Aku’ and it was boom! Sampai sekarang kalau saya buat show, mesti orang request lagu itu. It’s been a really colourful journey for my career. I don’t have a plan, I just have to constantly move. ” 

 

Fenomena Dia Semanis Honey

Kerjaya lakonan Alif tiba-tiba memuncak selepas dia melakonkan watak Ahnaf Wafi dalam drama yang mencetuskan fenomena Dia Semanis Honey. Lakonan mantap dan bersahaja Alif bersama Siti Nordiana telah berjaya menambat hati jutaan peminat drama Melayu. Bakat Alif dalam bidang lakonan mula dipandang oleh pengarah dan penerbit dan mula digelar ‘Hero Malaya Baru’.

“Sewaktu saya berumur 14 tahun, saya pernah menyertai teater muzikal. Latar belakang saya sebenarnya adalah menyanyi dan berlakon. Berlakon adalah semula jadi bagi saya. Mungkin karektor saya dalam Dia Semanis Honey iaitu seorang usahawan, dan dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik tanpa kedengaran ‘fake‘ membuatkan ramai yang jatuh hati. Dia Semanis Honey wasn’t my first drama. Mungkin watak saya yang terdahulu tidak sesuai dengan saya. Saya terharu apabila ada peminat yang menamakan anak mereka Ahnaf Wafi sempena watak saya dalam drama itu.

Biarpun bakatnya dalam lakonan mula disanjung tinggi, namun Alif tidak pernah merasakan dirinya sebagai ‘The Next Hero Malaya’ kerana apa yang dilakukannya adalah kerana cintanya dalam bidang seni.

“Cukup sekadar peminat menghargai kerja saya, orang tahu lagu saya, orang tahu drama saya, I am more than happy. I don’t go around saying I am ‘Number 1 Hero.’ Saya tahu kedudukan saya. You have to always be low profile.”

 

 

Lelaki Idaman Malaya

Bukan sahaja cemerlang dalam karier, tetapi kehidupan peribadi Alif sering dipuji oleh peminatnya, malah ramai yang mendambakan kehadiran lelaki seperti Alif Satar di dalam hidup mereka. Alif di mata peminat adalah seorang lelaki sempurna. Suami yang baik kepada isteri, ayah yang penyayang buat anak-anak serta anak yang soleh kepada ibu bapa. Semua itu cukup untuk menjadikan Alif sebagai ‘Lelaki Idaman Malaya.’

“Bila ada orang cakap saya ‘Lelaki Idaman Malaya’ saya cuma mampu ketawa sahaja. Bila orang puji saya sebab apa yang saya lakukan pada isteri, anak dan ibu bapa saya, saya tidak rasa apa-apa sebab itulah saya yang sebenarnya. I don’t try to be a good husband , father and son because that is my responsibility. And I don’t try to be a nice person because you have to be a nice person.

Ironinya bagi sesetengah selebriti bila mereka sudah terkenal, tiba-tiba mereka menjadi seorang yang unapproachable. You work so hard to be famous, tapi bila kau dah famous kau nak keluar tutup muka, nak jumpa orang tak nak ambil gambar. I can just go out with my kids and have a good time. I have nothing to lose because I am a public figure. People do know me. Jika mereka mahu bergambar, itu hak mereka.

Berkahwin di usia yang muda iaitu 24 tahun  dan bergelar bapa di usia 25 tahun, Alif tidak pernah sesekali menyesali keputusannya untuk berumahtangga di usia yang muda. Malah dia bersyukur kerana rezeki dan populariti yang dikecapinya sekarang hadir selepas berkahwin.

“Semuanya ada hikmah. Mungkin kalau saya kecapi populariti ketika masih bujang, saya mungkin terlupa diri atau jadi apa pun tak tahu. Tuhan mungkin tidak mahu memberikannya pada Alif ketika itu kerana Dia tahu mungkin saya tidak dapat mengawalnya. I’d like to think that He gives me fame and money when I have two kids and a wife because he knows there’s no room to screw up. Semuanya berlaku bersebab. Tak pernah sekali pun terlintas di fikiran saya menyesal kahwin awal. I love my kids! I love my wife! The income I earn from working, my pleasure is giving it all to them. That’s my life!”

Tanya kami pada Alif, ada atau tidak gangguan-gangguan nakal dari wanita di luar sana terhadapnya, kata Alif dia mengganggap itu semua gurauan dari peminat semata-mata.

“Perempuan lagi gila pada orang yang dah kahwin sebenarnya. Tetapi saya seorang yang jual mahal. You can try but you’re not going to get me!” katanya sambil ketawa.

 

Iron Man

Bagi anda yang mengikuti perkembangan Alif, pasti anda tahu bahawa Alif seorang yang aktif dalam pertandingan Iron Man. Malah Alif berjaya menamatkan acara Iron Man Langkawi pada hujung tahun lalu di kedudukan 446 daripada peserta keseluruhan 946. Sesuatu yang cukup membanggakan!

Bukan mudah untuk menyertai pertandingan ini. Bayangkan anda perlu berenang, kemudian berbasikal dan seterusnya berlari untuk sampai ke garisan penamat. Jika mental tidak kuat anda pasti kecundang di pertengahan jalan.

“Sejujurnya sewaktu pertandingan itu, saya hampir berputus asa dan saya menangis! Tetapi mengenangkan isteri, anak dan ibu bapa saya yang menanti di garisan penamat, saya teruskan juga kerana tidak mahu mereka risau.”

“Bayangkan sewaktu acara berenang di laut, terlampau ramai perserta sehingga ada peserta yang berenang di atas peserta yang lain. Saya hampir berputus asa di acara larian kerana otot saya sudah kejang. Namun kekuatan mental telah membuatkan saya berjaya sampai ke garisan penamat.”

 

 

Bangun Seawal 5.30 Pagi Setiap Hari

Melihatkan kehidupannya yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, kami sempat bertanya bagaimana Alif membahagikan masa di antara kerjaya, keluarga dan minatnya dalam aktiviti lasak. Kata Alif dia seorang yang akan merancang waktu dan jadual hariannya.

You have to make time. Everybody has 24 hours including Jack Ma and Bill Gates. I rest when I pray. Waktu solat adalah my break time. Bahagian itu saya agak sedikit sensitif. Jangan kacau waktu solat saya. Sebab itu bila saya buat kerja, saya akan cuba untuk habiskan sebelum masuk waktu solat sebab saya tidak mahu mengganggu kerja. Waktu solat adalah waktu untuk saya ‘recharge’ sebab kita dah bangun subuh selepas tu sambung bekerja. My day everyday has to stop before 9. By 10 or 10.30 maximum I have to sleep.”

“So the key is kena bangun awal. Pukul 5.30 pagi saya sudah bangun untuk solat Tahajud dan kemudian solat Subuh. Selepas Subuh saya akan berlari untuk 30 minit. Selepas berlari saya akan mandi dan kemudian sarapan pagi. Untuk sarapan saya akan makan banyak. Selepas itu saya akan mandikan anak-anak dan siapkan mereka. Selepas semuanya siap baru saya akan pergi kerja. That’s my day everyday.”

“I don’t have time for lepak. Lepas kerja saya akan terus balik. Lepak is at home. Cuma bila ada kelapangan saya akan ambil masa 2 jam untuk lepak bersama kawan-kawan. Saya juga akan izinkan isteri untuk ada ‘me time’ dia sendiri dan saya akan jaga anak-anak di rumah.”

Tidak hairan lah kenapa Alif Satar digelar sebagai ‘Lelaki Idaman Malaya’. Alif adalah definisi sebenar apa itu Iron man dalam kehidupan sebenar. Baik kerjaya mahupun keluarga, semuanya dapat diimbangi dengan baik. Khabarnya akan ada lagu terbaru dari Alif kolaborasi bersama Faizal Tahir. Tidak sabar kami mahu mendengarnya!

 

 

 

Di Sebalik Wajah Salam

  • Wajah Salam : Alif Satar
  • Gambar : Bustamam Mokhtar, White Studio
  • Penyelaras dan Pengurus Projek : Shah Shamshiri
  • Teks (Bahasa Melayu ) : Helmi Anuar
  • Suntingan : Ili Farhana
  • Pereka grafik: Asyraf Tamam
  • Penata gaya : The Latifi
  • Jurusolek : Jib Salim
  • Busana : Neonate

 

"Saya tidak pernah terfikir saya akan berada di mana saya berada sekarang. But somehow at the back of my head, I know i'm gonna make it because I wont let myself from not make it. I don't think i'm going to fail. I know by hook or by crook i'm gonna finish it and achieve certain achievement dalam industri.

Similar Articles

Dunia Baru Shila Amzah

By Nor Syariza Tahir
Jun 3, 2019

Metamorfosis Liyana Jasmay

By Ili Farhana
Mei 12, 2019

Erra Fazira – Ceritera Sang Primadona

By Helmi Anuar
April 29, 2019

Noryn Aziz Kembali Menyinar

By Helmi Anuar
Jun 9, 2019

Aura Ziana Zain Belum Pudar

By Helmi Anuar
April 16, 2019

Kemilau Bintang Ummi Nazeera

By Ili Farhana
Mei 19, 2019

Syurga di Hati Ziana

By Helmi Anuar
April 24, 2019

Kisah Hati Alyah

By Helmi Anuar
Mei 26, 2019