6 Cara Mudah Menyayangi Diri Sendiri

November 15, 2019
By Shah Shamshiri

Dewasa kini, ramai yang sering melupakan tentang kepentingan untuk menyayangi diri-sendiri. Ini terjadi gara-gara gaya hidup yang terlalu sibuk dalam mencari rezeki dan membina kerjaya.

Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa menyayangi diri sendiri adalah penting untuk kelangsungan hidup. Biarpun susah untuk mengetepikan waktu khas buat diri sendiri, proses menyayangi diri sendiri penting dalam pengurusan stres atau tekanan hidup. Ia bak satu rantaian yang berlanjutan – kala tahap stres dapat dikawal dengan baik, kita boleh berfungsi dengan lebih baik juga.

Berikut adalah beberapa cara untuk menjaga dan menyayangi diri sendiri demi kehidupan yang lebih baik. Walaupun langkah-langkahnya mudah, ia mampu mengubah kehidupan anda dengan cara yang tidak anda sangkakan.

 

Mandi

Mandi atau berendam untuk menenangkan dan merehatkan badan. Jika anda tidak ada tab mandi di rumah untuk berendam, mandi dalam air panas air pancuran juga dapat membantu diri anda berasa lebih tenang selepas seharian melakukan pelbagai aktiviti, seperti bekerja atau mengurus rumahtangga. Kajian menunjukkan mandi air panas dapat merendahkan tekanan darah.

Bersenam

Ia mungkin sudah kerap anda dengari namun ia merupakan sesuatu yang benar. Bersenam dengan lebih kerap mempunyai kesan baik buat hidup anda, kerana ia membantu memanjangkan jangka hayat diri, ia menstimulasikan bahan kimia dalam otak yang menaikkan mood dan membuat anda lebih tenang dan gembira.  Kesemua ini perlu untuk mengurangkan simptom depresi dan keresahan. Dan yang terbaik adalah, bersenam tidak perlu dilakukan di tempat yang mahal. Anda boleh dapatkan panduan latihan  di YouTube dan bersenam di kawasan rumah anda sahaja.

 

Tidur Siang

Nabi Muhammad (S.A.W) menggalakkan kita untuk tidur sebentar di antara waktu Zuhur dan Asar. Selepas bangun dari tidur selama 10 hingga 20 minit ia akan memberi badan lebih banyak tenaga untuk melakukan aktiviti lain.

 

Lakukan perkara yang ingin anda lakukan

Mungkin ada buku yang ingin anda baca atau resepi yang ingin anda cuba. Namun tidak pernah sempat melakukannya gara-gara tuntutan kerja yang lain. Jadi inilah masanya. Lakukan apa yang ingin sangat anda laksanakan demi memenuhi kepuasan diri. Ia akan membuat anda lebih bahagia.

Makan dengan sihat

Selain bersenam makanlah makanan yang sihat dan baik untuk kesihatan. Minum air yang banyak serta jangan lupa buah dan sayuran. Ikuti juga sunnah nabi dengan memakan kurma, madu alsi, dadih, susu, anggur, minyak zaitun, barli, serta labu.

Solat

Sesibuk mana pun diri anda, janganlah lupakan Allah. Rancang aktiviti harian anda berpandukan waktu solat lima waktu. Kala bersolat, jiwa lebih tenang dan diri juga lebih bahagia kerana sentiasa dilimpahi kurnia Allah.

Saat berwuduk dan membersihkan diri, ia membuat diri berasa lebih segar. Dan setiap pergerakan dalam melakukan solat ada impak positif untuk badan kita kerana ia membolehkan peningkatan aliran darah. Jadi solatlah seperti yang diwajibkan.

 

Dari terjemahan : Syahirah Mokhtazar

Photos: Unsplash

Similar Articles

7 Cara Atasi Rasa Kurang Keyakinan Diri

By Rahayu Mat Nah
April 9, 2019

Buat 5 Perkara Berikut Untuk Lebih Hargai Diri Sendiri

By Rahayu Mat Nah
Ogos 20, 2019

Bunuh Diri: Fahami, Selami Dan Jangan Menghakimi

By Nor Syariza Tahir
Oktober 18, 2019

Buat Sendiri Produk Penjagaan Diri Di Rumah

By Nor Syariza Tahir
Oktober 10, 2019

Cara Mendisiplinkan Diri Untuk Bersolat Pada Awal Waktu

By Nor Syariza Tahir
Julai 29, 2019

Ketenangan Diri Perlu Dicari, Tidak Datang Sendiri

By Helmi Anuar
Oktober 9, 2019
Kandungan SalamToday boleh didapati dalam: