20 Tip Mudah Kurangkan Berat Badan Dalam 10 Hari

Jun 12, 2019
By Rahayu Mat Nah

Sebulan berpuasa membuatkan ramai wanita di luar sana tersenyum gembira. Sebabnya, ukuran badan nampak berkurangan.

Namun, kedatangan Syawal menjemput kegusaran dek kerana tidak mampu menahan nafsu makan. Maklumlah, bukan sedikit juadah enak yang tersedia. Tambah gawat, apabila banyak pula menerima undangan ke rumah terbuka.

Jangan panik, jika berat badan sudah kembali meningkat, ada cara mudah untuk menghilangkan berat badan yang tidak diinginkan.

Laman web Stylecraze (https://www.stylecraze.com) ada memberikan 20 tip mudah dan ringkas untuk menurunkan berat badan dalam masa 10 hari. Jom semak dan amalkan. Tidak rugi pun mencuba.

1) Tambah pengambilan air kosong dalam diet harian. Kali ini minum 4 ke 5 liter air setiap hari.

2) Gantikan kopi dan teh dengan teh hijau. Teh hijau mampu menyingkirkan toksid dalam badan, malah ia juga rendah kalori.

3) Ambil jus perahan lemon dan madu pada setiap pagi ketika perut masih kosong.

4) Kurangkan pengambilan karbohidrat terutamanya nasi putih. Gantikan dengan hidangan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayuran.

5)  Tambah pengambilan protein kerana protein berperanan membina otot badan sekaligus sangat efektif mengurangkan lemak dalam badan.

6) Makan banyak makanan tinggi serat kerana ia membuatkan perut kenyang lebih lama.

7) Elakkan junk food dan makanan segera kerana makanan ini selalunya tinggi gula dan garam yang boleh memperlambatkan proses penurunan berat badan.

8) Bersenam dengan betul. Tubuh badan yang aktif membantu proses penurunan berat badan dengan cepat. Boleh jogging, berenang, yoga atau senaman kardio yang diminati.

9) Jika mampu, hindarkan tiga ‘racun’ putih iaitu nasi, garam dan gula. Jika sukar melakukannya, kawal pengambilannnya.

10) Kecilkan saiz hidangan. Jika dulu anda ambil dua keping roti ketika sarapan, kali ini ambil sekeping sahaja.

11) Jangan sesekali melangkau waktu makan kerana ia hanya membuatkan perut terlalu lapar sehingga anda makan lebih banyak daripada biasa.

12) Ambil buah-buahan yang tinggi kandungan air dan rendah kalori seperti tembikai, betik, dan strawberi.

13) Pilih snek berkhasiat jika anda suka mengunyah sebelum tiba waktu makan.

14) Jangan ambil hidangan lengkap melebihi 3 kali sehari.

15) Dapatkan tidur berkualiti. Masuk tidur dan bangun tidur pada waktu yang sama pada setiap hari.

16) Simpan makanan berkhasiat di dapur.

17) Cuba buang tabiat ‘snacking’ dengan minum banyak air kosong.

18) Dapatkan kebaikan cahaya matahari. Kajian menunjukkan mereka yang cukup vitamin D kurang stress. Apabila kurang stress, berat badan lebih mudah dikurangkan.

19) Timbang berat badan setiap dua hari untuk pastikan berat badan tidak tersasar.

20) Jangan mudah berputus asa jika mengikuti program diet.

Kredit foto : Siora Photography, Davies Designs, Studio Barrett Baker, Ev on, Unsplash

Similar Articles

10 Tip Puasa Untuk Ibu Hamil

By Rahayu Mat Nah
Mei 16, 2019

Tip Untuk Elak Makanan Syubhah Ketika Bercuti

By Rahayu Mat Nah
Mei 19, 2019