Noryn Aziz Kembali Menyinar

Jun 9, 2019
By Helmi Anuar

Perjalanan seni pemilik suara emas ini ada pasang surutnya. Daripada menjadi salah seorang vokalis duo yang diberi nama Sister Sister pada pertengahan 90-an, kemudian meneruskan kerjaya solo pada tahun 1997, tiba-tiba beliau muncul dengan album bergenre jazz pada tahun 2007, tetapi selepas itu beliau sempat hilang sebentar dari radar seni kerana menumpukan perhatian kepada rumah tangga.

Masih segar dalam ingatan saya, kami bertemu dalam satu majlis pada awal tahun lalu dan saya kata kepadanya beliau patut menyertai pertandingan Gegar Vaganza untuk menyerlahkan bakatnya.

Alhamdulillah hari ini Noryn Aziz adalah juara Gegar Vaganza musim kelima. Perhatian mula diberikan kepada Noryn Aziz yang selama ini hanya popular di kalangan peminat muzik bergenre jazz dan kelompok urban.

“Saya sertai Gegar Vaganza kerana saya mahu reach out to the ‘mass market’. Saya sudah lama berada di dalam industri. Tetapi peminat saya terdiri daripada kelompok yang lebih urban dan korporat kerana genre jazz yang saya bawa. Now I want to reach out to more people through my music. Orang di luar sana tahu nama Noryn Aziz tetapi mereka tidak tahu lagu saya.”

“Dulu, I’m very strict with my music. It has to be jazz or R&B. Saya buat banyak show korporat and I’m very comfortable at that time. But I want more people to know my music especially the mass audience.”

Tuah menyebelahi Noryn, apabila akhirnya peminat dari golongan ‘mass‘ semakin mengenali siapa Noryn Aziz. Bakatnya juga dipertontonkan kepada jutaan penonton Gegar Vaganza dan akhirnya meletakkan Noryn di tempat yang selayaknya iaitu juara.

Tanya kami pada Noryn, pernahkah beliau terfikir beliau agak terlambat untuk memasuki ‘mass market‘? Namun kata Noryn jika beliau berfikiran sebegitu pastinya beliau tidak akan berada di mana beliau berada sekarang.

“Mula-mula saya rasa macam terlambat tetapi kalau saya asyik fikirkan pasal terlambat, it will bring me down and it will stop me from doing what I’m supposed to do.”

“Kadang-kadang orang seni ni di luar nampak saja macam ‘hu ha hu ha’ but deep inside I’m still struggling with myself sometimes sebab dalam karier saya, sekejap saya datang, sekejap saya pergi. Sebab itu saya ajar diri saya untuk menjadi positif. I know it’s late but I don’t care. I have to be out there!”

“Disebabkan itu juga saya memilih untuk menyertai Gegar Vaganza dan saya pun sudah mula rasa macam stagnant. Saya asyik buat persembahan di Alexis, kalau tak di Alexis di No Black Tie. The same places and environment because our jazz scene is not big. Our industry pun very small. Kita macam tak pergi mana pun kadang-kadang.”

Masih Bergelut Dengan Kemelut Rumah Tangga.

Biarpun kerdipan bintang Noryn kembali menyinar melalui Gegar Vaganza, namun hati wanita kental ini diuji dengan masalah rumah tangga malah sebelum beliau menyertai pertandingan itu lagi.

I’m struggling with my personal life dan ramai yang tahu tentang itu tapi tak semua orang tahu apa sebenarnya yang berlaku because I’m not that kind of person yang akan give and tell all.”

Until now my personal things masih belum settle lagi. Dan ia sedikit mengganggu saya. Tetapi Allah is great, Dia bagi balance. Dia ambil satu, Dia bagi satu. Saya perlu melihat semua ini sebagai dugaan buat saya. I have to keep on bangkit! Bangkit dan bangkit!”

“Kadang-kadang saya berdoa kepada Allah dan bertanya bila semua ini akan berakhir? Kadang-kadang Allah hendak ajar kita supaya kita menjadi redha seredha-redhanya dan Dia nak kita jadi kuat sekuat-kuatnya.”

“Sebenarnya lima tahun lepas, saya ingatkan kerjaya saya akan berkubur. Saya hanya duduk di rumah dan tidak buat apa-apa. Waktu itu saya rasa macam saya hilang diri saya. Terlampau banyak fasa yang saya lalui dalam hidup saya. Tetapi saya percaya dengan ketentuan Allah.”

Anak Sumber Kekuatan

Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki comel yang kini berusia lima tahun,  kata Noryn anaknya itulah merupakan sumber kekuatan paling utama untuk beliau mengorak langkah dalam kehidupan.

Connection di antara kami sungguh kuat. Saya menyusukan anak saya sejak dia lahir sehinggalah dia berusia tiga tahun. Whatever it is, my son is always my number one.”

“Apa yang saya lakukan sekarang segala-galanya adalah untuk dia. I cannot be a person yang sentiasa down dan stress. Teruk. I’m going to be a bad person and mom to my son. Saya tidak mahu memberikan contoh yang buruk kepada anak saya.”

Terus Berkarya 

Sewaktu sesi temubual dan fotografi ini dilakukan, Noryn baru sahaja habis membuat persembahan untuk konsert Soul Sisters yang telah berlangsung selama dua hari.

Konsert yang menggabungkan tiga nama besar penyanyi negara iaitu Noryn, Misha Omar dan Siti Sarah mendapat pujian melambung dari peminat dek kehebatan mereka beraksi di pentas Istana Budaya.

Langkah Noryn dalam bidang muzik tidak hanya terhenti di situ, beliau muncul pula dengan single terbaru duet bersama penyanyi Waris berjudul ‘Pulang Merantau’.

“Saya pernah membuat persembahan di satu konsert bersama Waris dan saya beritahu kepadanya saya mahukan sebuah lagu untuk ‘mass market‘ yang sesuai dengan saya.”

“Sebelum ini saya cipta lagu saya sendiri so boleh dikatakan saya syok sendiri. Saya buat lagu yang saya suka saja sebab saya belajar muzik dan miliki ijazah dalam bidang muzik jadi secara asasnya saya mahu masukkan segala yang saya belajar dalam lagu saya. Untuk lagu pop, ia lebih simple dan very easy listening. Jadi saya punya ego di situ adalah untuk mencapai standard saya.”

But now, I’m done with that kind of ego. Saya telah belajar daripada pengalaman, lagu mesti melibatkan jiwa. Mesti reach out to the people. Kalau you seorang sahaja feel, only you can enjoy the song.”

Noryn turut mula menceburi bidang perniagaan dengan melancarkan tudung jenamanya sendiri iaitu By Noryn.

“Sebenarnya sudah lama saya nak keluarkan tudung jenama sendiri. Tetapi sebab terlampau banyak jenama tudung di pasaran, saya jadi takut. Namun selepas saya menyertai Gegar Vaganza saya rasa tiada apa yang perlu ditakutkan. Kalau saya boleh tempuh macam-macam dalam Gegar Vaganza kenapa tidak dalam perniagaan? So I just do it, kalau tak jadi kita cuba lagi.”

Tambah Noryn lagi, Gegar Vaganza banyak memberinya impak positif dan pengajaran yang berharga terutama tentang willpower.

Saya belajar banyak perkara dalam Gegar Vaganza. Setiap orang ada semangat, keinginan, bakat, kecantikan namun jika tiada willpower semua tidak akan menjadi.

Di Sebalik Wajah Salam

  • Wajah Salam : Noryn Aziz
  • Gambar : Whitenery
  • Penyelaras dan Pengurus Projek : Shah Shamshiri
  • Teks (Bahasa Melayu ) : Helmi Anuar
  • Suntingan : Ili Farhana
  • Pereka grafik: Asyraf Tamam
  • Penata gaya : Faizal Harun Nasution
  • Jurusolek : Jib Salim
  • Busana : Wanpa
  • Aksesori: Milik penata gaya

Similar Articles

Dunia Baru Shila Amzah

By Nor Syariza Tahir
Jun 3, 2019

Aura Ziana Zain Belum Pudar

By Helmi Anuar
April 16, 2019

Erra Fazira – Ceritera Sang Primadona

By Helmi Anuar
April 29, 2019

Kemilau Bintang Ummi Nazeera

By Ili Farhana
Mei 19, 2019

Kisah Hati Alyah

By Helmi Anuar
Mei 26, 2019

Metamorfosis Liyana Jasmay

By Ili Farhana
Mei 12, 2019

Syurga di Hati Ziana

By Helmi Anuar
April 24, 2019

Kisah Nur Fazura & Hijab Di Bulan Ramadan

By Helmi Anuar
Mei 6, 2019