11 Kelebihan Minum Jus Wheatgrass (Rumput Gandum)

Jun 25, 2019
By Rahayu Mat Nah

Mengapa diet wheatgrass baik untuk tubuh badan? Ini kerana wheatgrass mengandungi bekalan yang kaya dengan klorofil dan membantu untuk melawan radikal yang merosakkan tubuh badan.

Ia juga sumber semula jadi vitamin A, C, E, K dan B mineral dan enzim termasuk zat besi, magnesium, kalsium, kalium, zink dan asid amino.

Wheatgrass boleh diambil untuk tujuan kesihatan dan kecantikan sekaligus.

Antara kelebihan jus wheatgrass adalah :-

1) Wheatgrass mengandungi kadar antioksidan yang sangat tinggi serta bersifat anti-radang yang mampu membunuh bakteria dan virus di dalam tubuh badan.

2) Daun hijau rumput gandum mengandungi klorofil yang berfungsi sebagai komponen penting untuk darah.

3) Klorofil mengandungi enzim hidup yang melawan radikal bebas di dalam badan untuk melambatkan proses penuaan.

4) Wheatgrass boleh mengawal dan melancarkan peredaran darah serta menambah sel-sel darah merah sehingga boleh membantu mencegah masalah anemia.

5) Membantu untuk menangani penyakit usus dan meningkatkan penghadaman.

6) Membantu proses penurunan berat badan dan mencegah obesiti kerana ia mengandungi bahan penting yang mampu merangsang kelenjar tiroid dan mengawal sistem endokrin untuk mendapatkan berat badan bersesuaian.

7) Mengawal nafsu makan kerana ia mengandungi banyak nutrisi sehingga tubuh badan anda tidak menginginkan makanan lain. Caranya, minum segelas jus wheatgrass setiap hari ketika perut masih kosong.

8) Mampu menyingkirkan toksin dalam badan dan meremajakan sistem peredaran darah.

9) Menstabilkan kadar lemak sehingga mengurangkan risiko kolesterol tinggi.

10) Membantu memperlambatkan proses penuaan. Kandungan antioksidannya yang tinggi membantu meneutralkan radikal bebas yang merupakan penyebab penuaan sel dan tubuh badan.

11) Minum jus wheatgrass untuk mengatasi masalah uban.

Kredit foto : 123rf

Similar Articles

6 Cara Kurangkan Pengambilan Makanan Manis

By Rahayu Mat Nah
Mei 13, 2019

Apa Makanan Yang Perlu Elak di Waktu Malam?

By Rahayu Mat Nah
April 24, 2019

Mahu Awet Muda? Ambil 10 Makanan Ini

By Rahayu Mat Nah
April 26, 2019

S Great Grain Dengan Lima Kandungan Makanan Sunnah

By Rahayu Mat Nah
April 29, 2019